Cinta Sufi sudahpun menguasai segenap jiwa Safiyah. Bahkan semenjak temu janji itu, bayangan wajah Sufi mulai mengambil kedudukan wajah Mardhiyah dalam mindanya. Di pagi hari itu, dia sanggup meminta cuti daripada Doktor Azwan. Sufi mengajaknya bertemu dengan alasan ada urusan yang sangat penting di antara mereka berdua.
Safiyah menaiki Grab menuju ke tempat tinggal milik Sufi, tempat dimana Sufi ingin bertemu dengan dirinya. Dia sudah tidak memikirkan tentang segala kesan yang bakal berlaku. Dia tidak mempersoalkan, kenapa perlu bertemu di tempat tinggal milik Sufi? Cinta membutakan fikiran logiknya.
Setibanya dia di tempat pertemuan itu, Sufi sudahpun menantikan kehadirannya di hadapan sebuah flat tinggi berwarna unggu gelap. Sebelum dia turun daripada kereta, dia memandang seketika nama flat itu yang tertera di pagar hadapan.
Flat Taman Unggu.
Safiyah bergerak turun daripada kereta dan menghampiri kedudukan Sufi yang sedang berdiri di hadapan pagar flat tersebut.
"Assalamualaikum..." Sufi menunduk.
Safiyah tersenyum manis. Jiwanya berbunga memandang kekasih hatinya.
"Walaikumsalam..."
"Director kau... tak marah kau ambil cuti?"
Safiyah menggeleng manja.
"Dia... okey aje."
Sufi mengangguk-angguk.
"Jom... aku nak bawa kau jumpa seseorang." Sufi mengukir langkah.
Safiyah mengikut tanpa sebarang bantahan.
"Kau nak temukan aku dengan siapa? Ibu... kau?" gurau Safiyah.
Sufi tergelak kecil.
"Bukan... adik angkat aku. Aku nak yatim piatu."
Safiyah tersentak. Dia menyoal sesuatu yang tidak menyenangkan tanpa dia sedari.
"Maaf ya. Aku tak tahu."
"Eh, tak apa. Tak salah pun."
Mereka berdua tiba di hadapan pintu lif. Sufi menekan butang naik.
Ting!
Tidak sampai seminit, pintu lif terbuka. Kedua insan masuk. Lif itu mempunya 15 butang menunjukkan ada 15 tingkat dalam flat tersebut. Sufi menekan butang yang tertulis nombor 7, menuju ke tingkat 7 bangunan itu.
"Kau tinggal dengan adik kau aje?" soal Safiyah semasa lif itu bergerak ke atas.
"Haah, aku dengan dia aje."
"Keluarga kau... yang lain?" soal Safiyah lagi.
Sufi menggeleng kecil. Wajahnya terlihat sayu.
"Aku tak ada family. Aku duduk dengan adik angkat aku aje." jawab Sufi.
Safiyah tergamam.
"Mana... family kau?"
Sufi hanya mampu tersenyum. Berat untuk bibirnya menjelaskan tentang latar belakang hidupnya dengan lebih lanjut.
"Boleh... kalau aku rahsiakan tentang benda tu daripada kau."
Safiyah tergamam lagi. Risau mulai berputik namun kelembutan dan ketulusan Sufi mencantasnya sekelip mata.
![](https://img.wattpad.com/cover/346229673-288-k506137.jpg)
YOU ARE READING
Memori Mardhiyah (Completed)
Mystery / ThrillerSetelah sembilan tahun berpisah, akhirnya Safiyah dapat bersua semula dengan sahabat baiknya yang bernama Mardhiyah. Namun, kepulangan itu menjadi suatu misteri apabila Mardhiyah kehilangan memorinya dan tidak mengenal Safiyah lagi sebagai sahabat...