Pagi hari dihias dengan impian yang baru. Rai mengajak Safiyah dan Mardhiyah bertemu di sebuah taman bunga. Katanya, ada insan yang ingin bertemu dengan mereka untuk membuka rahsia yang tersisa. Safiyah dan Mardhiyah menanti kehadiran Rai dan insan misteri tersebut di salah sebuah bangku kayu yang panjang. Di hadapan mereka juga terdapat sebuah lagi bangku kayu yang berukuran sama.
Dalam beberapa waktu penantian, Rai dan insan misteri tersebut tiba bersama dengan seorang budak perempuan. Safiyah dan Mardhiyah dengan segera berdiri, menyapa insan yang mereka cari selama ini. Seorang wanita berambut pendek dan anggun dengan pakaian baju kurungnya yang serba hijau.
"Maya!" Mardhiyah dengan segera mendakap tubuh Maya.
"Mar..." Maya membalas pelukan itu dengan penuh keterharuan.
"Kak!" budak perempuan itu pula memanggil Safiyah.
Safiyah yang fokus memandang Maya itu menoleh. Ternyata budak perempuan itu adalah Ateefah. Pertemuan itu membuatkan mereka berdua juga saling berpelukan untuk melepas rindu. Usai salam perkenalan yang mengharukan itu, Safiyah dan Mardhiyah kembali duduk di kerusi yang sama. Ateefah bergerak duduk di samping Safiyah. Rai dan Maya duduk di kerusi yang berhadapan dengan mereka bertiga.
"Maya, tak sangka... kita boleh berjumpa macam ni... kan?" kedua mata Mardhiyah mulai berkaca.
Maya tersenyum manis.
"Mar... aku minta maaf, aku ambil masa yang lama untuk selamatkan kau."
Mardhiyah menggelengkan kepala.
"Tak Maya... takdir sentiasa tepat untuk mengajarkan kita erti kehidupan yang sebenar."
"Ceh... Sang Pujangga." usik Safiyah sambil membelai lembut rambut Ateefah.
"Aku memang Sang Pujangga." Mardhiyah memuncungkan bibirnya sambil menyeka air mata.
Safiyah tersengih kecil. Kedua matanya semakin jauh daripada gambaran kesedihan. Tidak lagi seperti yang sebelum ini. Mungkin kerana, sinar keadilan buat Mardhiyah sudahpun hampir untuk digapai.
"Maya, sorry kalau persoalan aku ni mengubah suasana kita ya. Tapi aku nak double confirm dengan kau... betul kan, kau pembantu peribadi Datuk Ameer?" Rai mulai memancing Maya untuk menghuraikan rahsia yang tersisa.
Maya mengangguk bersama senyuman kegembiraan yang tidak lekang daripada bibir.
"Ermmm... aku boleh tanya soalan?" soal Safiyah yang ragu-ragu mengajukan persoalannya itu.
Maya tergelak kecil melihat keraguan yang Safiyah tunjukkan.
"Boleh..." balasnya lagi.
"Boleh aku tanya soalan? Dia soal dalam menyoal. Ada ke macam tu?" usik Mardhiyah kembali membalas usikan Safiyah yang sebelum ini.
Safiyah memberikan jelingan manja kepada Mardhiyah lalu wajah Maya dipandang kembali.
"Aku nak tanya, kau ke yang rancang... benda ni semua? Bermula dari Mardhiyah lari ke Australia sampailah Ateefah sembuhkan memori dia semula?" soal Safiyah.
Maya mengusik rambut pendeknya dengan tingkah yang seakan memikirkan sesuatu.
"Erm... macam nak cakap ya. Aku tak boleh juga kata yang aku rancang semua ni." balas Maya.
"Maksud kau?" soal Safiyah lagi.
"Senang cerita macam ni. Cuba kau ceritakan semuanya daripada mula sampailah kau terlibat dengan masalah Mardhiyah. So... tak ada benda yang tertinggal daripada pengetahuan kita orang." pinta Rai.
YOU ARE READING
Memori Mardhiyah (Completed)
Misterio / SuspensoSetelah sembilan tahun berpisah, akhirnya Safiyah dapat bersua semula dengan sahabat baiknya yang bernama Mardhiyah. Namun, kepulangan itu menjadi suatu misteri apabila Mardhiyah kehilangan memorinya dan tidak mengenal Safiyah lagi sebagai sahabat...