Bab 24

9 1 0
                                    

"Rai..." seorang lelaki mengejutkan Rai daripada arah belakang.

Rai yang tergamam dengan kehadiran Sufi itu kembali tersedar. Dia menoleh. Terlihat, seorang lelaki berkulit sawo matang, berambut ikal di sisir kemas dan bertubuh separa sasa menghampirinya.

"Suropati." Rai membalas.

Suropati bergerak bersalaman dengan Rai. Seketika, mereka berpelukan seakan menunjukkan yang kedua insan sudahpun berkawan lama. Pada masa yang sama, gadis serba merah itu bergerak mendekati mereka berdua.

"Raja Petir. Saya Melati." gadis itu menunduk.

"Melati? Penanti Senja dari Indonesia yang baru?" soal Rai.

Melati mengangguk. Wajahnya menggambarkan keterharuan dapat bertemu dengan Rai pada masa itu.

"Dia baru lagi. Pemimpi yang lain gelar dia Marlin. Kelebihan khusus dia hampir sama macam Alfonso cumanya... dia menyumpah sesuatu yang dia sentuh menjadi batu." jelas Suropati.

Rai mengangguk-angguk. Kini dia faham, bagaimana Titanoboa tadi berubah menjadi batu secara tiba-tiba. Dia menghampiri pintu menara emas itu semula.

Tak! Tak!

Pintu diketuk.

"Safiyah... dah selamat ni."

Secara perlahan-lahan, pintu menara emas itu dibuka. Wajah Safiyah dibuai kekeliruan. Ternyata, menara emas itu bukan sahaja menghalang pandangan tetapi juga menghalang bunyi daripada bahagian luar masuk ke pendengaran Safiyah. Safiyah bergerak keluar bersama patung merah tersebut dengan penuh tanda tanya.

"Dah selamat?" Safiyah mengerutkan dahi.

Rai mengangguk.

"Saya Suropati... ni Melati." Suropati memperkenalkan dirinya dengan Melati.

"Akak... Pemimpi baru?" soal Melati sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

Safiyah mengangguk bersama senyuman seraya menyambut huluran tangan tersebut. "Safiyah..." jelasnya lagi.

"Apa... kelebihan khusus kau?" soal Suropati.

Safiyah menggelengkan kepala.

"Dia masih baru. Dia tak tahu lagi apa kelebihan dia." jawab Rai.

"Mmm... aku pun macam kau juga dulu masa baru lagi jadi Pemimpi. Dua tahun aku bermain dalam Lucid Dream, barulah aku tahu yang kelebihan khusus aku mampu mewujudkan seekor burung raksasa yang digelar Garula. Tapi cuma seekor, kalau aku cipta lebih otak aku akan cedera."

"Kau sembunyi mana tadi masa Garula kau tu bertarung?" soal Rai.

"Tu..." Suropati menunjuk jari telunjuknya ke arah belakang menara itu. "... aku sembunyi belakang tu."

"Kau biarkan budak ni lawan sorang-sorang. Nasiblah dia tak apa-apa." keluh Rai.

"Jangan risau la, budak ni genius. Kalau aku ambik masa dua tahun nak tahu kelebihan aku, dia ni ambik masa setahun aje."

Melati tersenyum. Terharu mendapat pujian.

"Kelebihan khusus, ada peraturan dia juga?" soal Safiyah.

Suropati mengangguk.

"Cumanya, peraturan dia berbeza dengan kelebihan umum. Peraturan tu bergantung kepada kekuatan otak kita sendiri. Macam Rai, dia boleh mengawal mendung dan kilat tapi dia tak boleh terlalu lama menggunakan kelebihan dia macam Pemimpi yang lain. Sebabnya, unsur kilat tu terlalu sukar untuk otak manusia bayangkan dan wujudkan."

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now