Laman di bahagian belakang rumah sakit di pagi hari. Mardhiyah dan Safiyah duduk bersama-sama di bawah pohon yang rendang. Keduanya saling berpeluk tubuh bersama wajah yang dibuai kesedihan.
"Mar, kau... dah sedia nak luahkan semua tu pada director?" Safiyah menyoal penuh sayu.
Mardhiyah mengangguk.
"Aku... dah tak nak simpan semua ni Fiy. Masa lalu aku ni... aku nak buang jauh-jauh. Aku nak bina memori baru... memori yang lebih bahagia." jawab Mardhiyah.
"Mar... aku ada dengan kau. Aku sentiasa ada. Kita sama-sama cipta memori bahagia untuk kau Mar." Safiyah tersenyum hambar.
"Mar..." Puan Yanti memanggil.
Pada masa yang sama, Rai dan Puan Yanti datang menghampiri mereka berdua. Mardhiyah segera berdiri dengan wajah sayunya yang berubah teruja. Dia berlari menuju ke arah Puan Yanti lalu memeluk tubuh Puan Yanti. Kedua matanya mulai mengalirkan air mata. Puan Yanti membalas pelukan itu dengan kedua matanya yang berkaca. Dia menepuk lembut belakang Mardhiyah sebagai tanda pujukan.
"Mak Su..." balas Mardhiyah.
"Mar... mak Su rindu Mar..." balas Puan Yanti.
"Mar pun rindu dengan mak Su..."
Puan Yanti melepaskan pelukannya begitu juga Mardhiyah. Safiyah berdiri lalu menghampiri mereka bertiga.
"Mar... kau dah sedia... nak luah semuanya?" soal Rai.
Mardhiyah menanggukkan kepala sebagai jawapan.
"Maksudnya... Mar juga sedia... nak dengar luahan daripada mak Su?" soal Puan Yanti.
Pandangan mereka kini tertumpu ke arah Puan Yanti. Suasana berubah sirius secara tiba-tiba.
"Apa... maksud Puan?" soal Rai.
Puan Yanti berdiam diri seketika.
"Ada baiknya... kita bincang bersama dengan director sekali." balas Puan Yanti.
Rai mengangguk-angguk.
Bilik perbincangan di rumah sakit. Dr. Azwan duduk bersama dengan Rai manakala Puan Yanti bersama dengan Mardhiyah dan Safiyah dengan meja panjang yang memisahkan mereka. Suasana sepi dan sayu untuk seketika di antara mereka.
"Tasya mana Tuan Rayyan?" Dr. Azwan menyoal memecahkan keheningan.
Rai menoleh. Dia menggelengkan kepala bersama senyuman kecil.
"Dia ada urusan penting dengan client syarikat. Itu yang dia tak dapat datang sekali."
Dr. Azwan mengangguk-angguk. Pandangannya diarahkan pula ke arah Mardhiyah.
"Mardhiyah..."
Mardhiyah menoleh bersama kedua matanya yang sayu. Senyuman kecil yang hambar dilemparkan.
"Mardhiyah... dah sedia?" Dr. Azwan menyoal.
Pandangan mereka kini tertumpu ke arah Mardhiyah. Mardhiyah kembali menundukkan wajahnya sayunya itu.
"Mar... kalau kau tak mampu nak luah semua tu, tak apa. Kita orang semua tahu, kau perlukan masa." Safiyah menyentuh lembut bahu Mardhiyah.
YOU ARE READING
Memori Mardhiyah (Completed)
Mystery / ThrillerSetelah sembilan tahun berpisah, akhirnya Safiyah dapat bersua semula dengan sahabat baiknya yang bernama Mardhiyah. Namun, kepulangan itu menjadi suatu misteri apabila Mardhiyah kehilangan memorinya dan tidak mengenal Safiyah lagi sebagai sahabat...