Pemulihan Memori Mardhiyah bahagian yang Kelima...
Mardhiyah berumur 24 tahun. Dia berdiri dihadapan syarikat Syaulia Sdn. Bhd. miliknya dengan Alyne di malam hari. Alyne meninggalkan Mardhiyah sepanjang hari di syarikat tersebut kerana urusannya bertemu dengan pelanggan.
"Mana Alyne ni?" Mardhiyah sejak tadi menjenguk ke lebuh raya menantikan kehadiran Alyne untuk membawanya pulang.
Secara tiba-tiba, seorang lelaki berpakaian t-shirt hitam dan berseluar jeans juga berwarna hitam datang menghampiri Mardhiyah. Untuk seketika, Mardhiyah terpukau memandang ketampanan wajah lelaki itu.
Seorang lelaki tampan yang berkulit putih melepak dan berambut panjang berwarna hitam separas bahu. Kedua matanya yang seakan bercelak mengikat pandangan sesiapa sahaja yang memandang kedua matanya itu. Bahkan Mardhiyah, hanyut dalam suasana pandangan kedua matanya yang tajam tapi sangat memukau. Dan ternyata lelaki itu adalah Sufi.
"Miss?" kejut Sufi yang sudahpun berdiri di hadapan Mardhiyah tanpa dia sedari.
Mardhiyah yang tersedar kembali itu dengan segera menundukkan wajahnya yang berubah merah.
"Maaf..." pinta Mardhiyah.
"Oh, orang Malaysia?" soal Sufi bersama senyuman.
Mardhiyah memandang semula wajah Sufi.
"Haah. Abang... orang Malaysia juga?"
"Haah, Malaysia. Kau kerja dekat sini? Atau dah tinggal sini?" Sufi menyoal kembali.
Mardhiyah mengangguk malu.
"Dah kerja dekat sini. Lama dah. Abang... buat apa dekat sini? Nak jumpa seseorang?"
"Haah, tapi dia tak sampai lagi. Kita orang dah janji nak jumpa depan syarikat ni." jawab Sufi.
"Erm... awek?"
"Eh, bukan." Sufi tersenyum kecil.
Mardhiyah tersenyum sekali terkesan dengan senyuman manis milik Sufi itu.
Tet!!! Tet!!!
Sebijik Kereta BMW berwarna hitam berhenti di hadapan rumah sakit itu.
Alyne tiba disaat perbualan kedua insan baru bermula. Mardhiyah mengerutkan dahinya dengan penuh geram memandang ketibaan Alyne.
"Kawan kau?" soal Sufi.
"Haah. Saya gerak dulu ye." Mardhiyah menunduk sedikit.
"Okey. Hati-hati." Sufi turut menundukkan wajahnya sedikit.
Kedua kaki Mardhiyah digerakkan menghampiri kereta Alyne. Dia masuk ke dalam kereta bersama wajahnya yang berubah masam.
"Asal muka kau masam tu. Sebab aku lambat ke? Sorry la Mar, aku singgah rumah kejap lepas manghrib tadi." jelas Alyne.
"Bukan sebab tu lah..." Mardhiyah melepaskan keluhan kecil.
Alyne mengerutkan dahinya. Dia menjenguk ke luar jendela, terlihat Sufi masih berdiri di tempat yang sama memandang ke arah mereka berdua.
"Oh!!!" Alyne tersenyum sinis memandang Mardhiyah.
Mardhiyah melemparkan jelingan kecil membuatkan Alyne tergelak.
"Sorry, terkacau suasana tanpa sengaja." Alyne tersenyum sambil menurunkan handbrake lalu keretanya itu dipecut laju.
YOU ARE READING
Memori Mardhiyah (Completed)
Mystery / ThrillerSetelah sembilan tahun berpisah, akhirnya Safiyah dapat bersua semula dengan sahabat baiknya yang bernama Mardhiyah. Namun, kepulangan itu menjadi suatu misteri apabila Mardhiyah kehilangan memorinya dan tidak mengenal Safiyah lagi sebagai sahabat...