Syarikat Amorba Sdn. Bhd.
Malam yang hangat. Keseluruhan kawasan jajahan Datuk Ameer diserang secara mengejut oleh Kumpulan Selempang Tuah milik Jaafar, musuh ketatnya. Hanya syarikat utamanya itu yang tidak diserang oleh kumpulan samseng tersebut.
Datuk Ameer yang tidak henti berlegar-legar di ruangan biliknya itu dibuai cemas yang teramat. Setelah bencana kematian Tora, Maya pula menghilang secara tiba-tiba. Naldo yang ditugaskan mencari keberadaan Maya itu pula membawa pulang berita yang sangat duka. Kematian Psiko di hadapan Klub Twin. Minggu yang sangat menghancurkan baginya.
Tak! Tak!
Pintu biliknya di ketuk.
"Masuk!" Datuk Ameer bernada sangat tegang.
Usai pintu dibuka, terlihat Naldo sedang berdiri dihadapan pintu bersama wajahnya yang sangat pucat.
"Kau salah berita... kau mati!" tengking Datuk Ameer.
"Datuk..." Naldo yang tidak keruan itu segera berlutut di hadapan Datuk Ameer. "Datuk... kawasan kita... kawasan kita..."
"Cakap!" bentaknya lagi.
"Kawasan kita kena serang Jaafar, datuk. Budak-budak kita semua mati. Perniagaan kita semua stop tiba-tiba datuk."
Datuk Ameer menatap tajam wajah Naldo. Dia mengkepal penumbuk. Penumbuk dilontar laju tepat ke wajah Naldo.
Pam!
Wajah Naldo tertoleh ke kiri.
"Datuk... bukan salah saya datuk." Naldo sujud merayu di kaki Datuk Ameer.
"Ahhh!" Datuk Ameer menarik kuat kakinya daripada pelukan Naldo. "Kenapa boleh jadi macam ni? Maya hilang! Pemuja Malam hilang! Aku dapat tahu, polis pun cari aku sekarang. Ni semua angkara Maya! Fail penting aku dia ambik. Arrrggghhh!" Datuk Ameer mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Pening dengan situasi yang menjatuhkan darjatnya itu sekelip mata.
"Maya pengkhianat datuk. Kita perlu bunuh dia."
"Aku tahu! Aku pun tak sangka dia boleh khianat aku. Dari kecik aku bela betina tu!!! Aku kutip dia daripada sampah.... bentuk dia jadi orang terpercaya... macam mana dia boleh khianat aku!!!"
"Datuk... apa yang kita perlu buat datuk?"
"Diam!"
Naldo terdiam. Bahkan terlihat, Datuk Ameer pun buntu dengan rancangan yang seterusnya. Secara tiba-tiba, seluruh lampu di syarikat itu terpadam secara tiba-tiba.
"Naldo! Naldo!"
"Ya, datuk."
"Kenapa dengan lampu ni?"
"Saya tak tahu datuk... lampu tiba-tiba padam."
"Aku tahulah padam. Kau pergi periksa sekarang!"
Berbekalkan cahaya telefon pintar milik Naldo, dia keluar daripada bilik tersebut untuk memeriksa punca lampu yang terpadam secara tiba-tiba itu.
Datuk Ameer menghidup lampu pada telefon pintarnya. Dia bergerak duduk di atas kerusi. Dia mendail nombor seseorang dalam duduknya itu.
Ting!
"Hello Davies!"
"Hah... Datuk Amey. Kenapa call saya ni?"
YOU ARE READING
Memori Mardhiyah (Completed)
Mystery / ThrillerSetelah sembilan tahun berpisah, akhirnya Safiyah dapat bersua semula dengan sahabat baiknya yang bernama Mardhiyah. Namun, kepulangan itu menjadi suatu misteri apabila Mardhiyah kehilangan memorinya dan tidak mengenal Safiyah lagi sebagai sahabat...