Bab 26

7 1 0
                                    

Safiyah duduk termenung di tepi pantai seorang diri dikala senja menghias pandangan. Rai yang masih tidak sedarkan diri itu membuatkan fikirannya terganggu. Doktor Haliza yang bertanggungjawab merawat Rai itu juga berubah buntu. Janjinya yang mengatakan bahawa Rai pasti akan tersedar tempoh hari itu berubah yang sebaliknya. Dua hari sudahpun berlalu, Rai masih tidak sedarkan diri. Bahkan, fizikal dan keadaan otak Rai masih berfungsi seperti biasa tidak mengalami sebarang gangguan. Buntu menjadi jawapan.

Dikala pandangan kosongnya itu terus dilemparkan ke arah laut, seorang lelaki yang pernah mengisi kekosongan masanya itu datang menghampiri.

"Assalamualaikum..." lelaki itu berdiri disampingnya.

Safiyah menoleh. Seketika, dia memerhatikan lebih dalam wajah tenang lelaki itu yang juga dilemparkan ke arah laut. Berambut panjang berwarna hitam diikat kemas ke bahagian belakang. Segak dan tampan dengan pakaiannya yang serba hitam bersama kedua tangan yang disembunyikan di kocek seluar.

"Sufi..." Safiyah dengan pantas berdiri. Lebur masalah di dalam mindanya untuk seketika. Lelaki itu seakan membawa penawar setiap kali dirinya dihimpit masalah.

"Buat apa sini seorang-seorang? Kena tinggal lagi?" Sufi tersenyum kecil.

"Eh tak. Saja nak tengok senja..." Safiyah tersipu malu.

"Dengan siapa?"

"Tak ada. Aku seorang. Kau? Kau buat apa dekat sini?"

Sufi memandang Safiyah. Seketika, kedua mata mereka saling bertatapan. Dentuman rasa bergema kencang.

"Tengok kau." Sufi tersenyum.

Safiyah tergamam. Kata-kata yang biasa, namun kata-kata itu sudahpun menusuk ke dalam jiwa.

"Aku gurau aje lah. Aku pun datang nak tengok senja ni." Sufi menenangkan suasana semula.

Safiyah memalingkan wajahnya yang berubah merah. Bukannya janggal yang dia rasakan melainkan suatu keterharuan.

"Buaya." Safiyah tersipu malu untuk kali yang kedua.

"Buaya ke macam tu?" Sufi menaikkan keningnya.

"Buaya lah tu. Ayat-ayat nak ngorat perempuan." Safiyah memberikan jelingan manja.

Sufi tergelak kuat.

"Tak ada lah. Aku memang nak tengok kau... dengan senja ni sekali."

"Ish! Tak percaya aku. Kalau kau datang sini nak tengok aku, tu maksud dia kau follow aku la tu?" gurau Safiyah.

"Haah..." wajah Sufi terlihat sirius membenarkan persoalan Safiyah meski ianya diselindungkan dalam ketenangan.

Safiyah tergamam lagi. Adakah benar pembenaran Sufi itu? Jiwanya mempersoalkan.

"Aku tengok kau termenung tadi... kau ada masalah ke?" Sufi menyedarkan Safiyah kembali.

Safiyah menggeleng.

"Tak ada lah. Aku memang suka buat lakonan macam tu."

"Ada ya macam tu?" Sufi tersenyum.

"Ada lah... aku. Aku pelakon terbaik tau."

"Aku pun pelakon terbaik juga."

"Apa? Pelakon apa?" Safiyah mengusik.

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now