Bab 53

7 1 0
                                    

"Sufi!" Mardhiyah dan Safiyah saling berbalas pandangan.

Ruangan bilik Mardhiyah berubah sepi sesudah sahaja mereka kembali sedar di alam nyata. Nama Sufi yang terluah daripada bibir kedua wanita itu menamatkan tanda tanya tentang misteri Sufi. Ternyata, Safiyah dan Mardhiyah saling berkongsi kasih.

"Mar..." Rai tergamam.

"Kak Safiyah..." Ateefah turut tergamam bersama air matanya yang mulai mengalir.

Dr. Azwan dan Tasya pula dibuai kekeliruan memandang Safiyah dan Mardhiyah. Kedua wanita itu saling berbalas pandangan dengan wajah yang tersangat sayu. Keduanya juga saling mengalirkan air mata. Pada masa itu, Mardhiyah sudahpun dapat meneka bahawa Sufi miliknya itu juga milik Safiyah. Setitis air mata darah mengalir pada wajahnya.

"Fiy..." panggil Mardhiyah.

"Mar..." panggil Safiyah pula.

Secara tiba-tiba, Mardhiyah rebah dalam pelukan Safiyah tidak sedarkan diri. Safiyah memeluk erat tubuh sahabat baiknya itu. Tangisan semakin deras mengalir tanpa bicara.

"Tuan Rayyan, apa... yang jadi dengan memori Mardhiyah?" Dr. Azwan semakin tertanya-tanya.

"Bos?" Tasya juga semakin tertanya-tanya.

Rai melepaskan keluhan berat.

"Sufi... yang Safiyah suka tu... adalah lelaki yang sama menolak cinta Mardhiyah." jawab Rai.

Dr. Azwan dan Tasya tergamam.

"Maksudnya... Sufi tu punca memori Mardhiyah hilang?" soal Dr. Azwan lagi.

Rai berdiam diri seketika. Kedua mata dipejam, membiarkan jiwanya menghadam terlebih dahulu keperihan yang Mardhiyah sudahpun tempuhi.

"Director... dah tahu tentang masalah sebenar Mardhiyah dengan ayah dia?" soal Rai kembali.

Dokter Azwan mengangguk.

"Safiyah dah ceritakan semalam. Di hari dia dengan Mardhiyah berpisah, adalah hari yang sama Mardhiyah..." Dr. Azwan menggelengkan kepala. Tidak mampu mulutnya meneruskan kenyataan yang menghayat hati itu.

"Sebahagian memori Mardhiyah yang hilang ni, adalah memori dia sewaku berada di Australia. Sebenarnya... Mardhiyah mengandungkan anak ayah dia sendiri." jelas Rai.

"Hah!" Dr. Azwan dan Tasya dibuai kejutan.

Suasana berubah sepi dengan kenyataan yang membuatkan kedua insan dibuai kejutan yang mendalam.

"Entah macam mana... Mardhiyah mampu bertahan hidup dengan menjaga anak ayah dia sendiri, tapi apa yang saya nampak, Mardhiyah mampu hidup dengan gembira sehingga..." bicara Rai juga berubah kaku apabila terkenang kembali memori Mardhiyah yang hujungnya berakhir duka.

"Sehingga?" soal Dr. Azwan.

"Sehinggalah... abang Sufi hadir dalam hidup akak Mardhiyah. Abang Sufi tolak lamaran akak Mardhiyah dan pada masa yang sama... Afiyah, anak kakak Mardhiyah meninggal dunia disebabkan kanser jantung sama seperti ibu akak Mardhiyah." Ateefah yang sejak tadi menangis itu akhirnya mampu membuka bicara.

Dr. Azwan tergamam untuk kali yang kedua.

"Hidup Mardhiyah... kenapa seperih itu..." Tasya mulai mengalirkan air mata.

"Sufi terpaksa membuatkan Mardhiyah lupa ingatan dengan kelebihan Pemimpi. Jika tak, Mardhiyah akan berubah gila selama-lamanya atau... dia akan bunuh diri dia sendiri." jelas Rai.

"Sufi, Sufi tu... manusia macam kau orang? Pemimpi?" soal Dr. Azwan.

Rai menganggukkan kepala.

"Tapi sekarang, bukan tu yang penting untuk kita bincangkan. Sekarang ni, kita perlu penjelasan daripada Puan Yanti tentang Sufi. Director perlu tahu, Sufi tu bukan orang biasa. Dia tu adalah seorang pembunuh upahan."

"Pembunuh..." Dr. Azwan hanya mengangguk-angguk dengan pembenaran tentang bekas empunya jiwa Mardhiyah itu.

"Dia bukan pembunuh!" teriak Safiyah secara tiba-tiba.

Pandangan mereka semua kini tertumpu pada Safiyah yang sedang membelai-belai kepala Mardhiyah.

"Dia bukan pembunuh..." nafi Safiyah lagi.

Rai melepaskan keluhan. Dia berdiri lalu bergerak ke pintu bilik itu. Dia membuka pintu itu sambil menghentikan langkahnya seketika.

"Puan Yanti... yang akan menentukan, dia pembunuh ataupun bukan." Rai bergerak keluar daripada bilik tersebut.

Tasya bergerak menghampiri Safiyah.

"Fiy..." Tasya mengurut lembut belakang Safiyah sebagai tanda pujukan.

Suasana berubah sepi kembali. Yang menghias suasana itu hanyalah tangisan mereka yang tersentuh dengan kedukaan hidup Mardhiyah yang sangat perih.


Malam hari. Mardhiyah yang terlena itu akhirnya terjaga kembali. Pada masa yang sama, Safiyah yang sedang duduk di sampingnya itu tidak henti mengalirkan air mata.

"Mar..." Safiyah segera memeluk tubuh Mardhiyah.

"Fiy..." kedua mata Mardhiyah mulai berkaca.

Safiyah merenggangkan pelukannya. Untuk seketika, mereka berdua hanya berbalas pandangan duka. Mardhiyah menyapu lembut air mata Safiyah yang tidak henti mengalir.

"Fiy... jangan nangis macam ni... kau buat aku nangis sekali tau." Mardhiyah mulai mengalirkan air mata.

"Mar... sembilan tahun tu..." bibir Safiyah seakan sukar berbicara.

Mardhiyah tersenyum hambar.

"Fiy... aku minta maaf, aku tak dapat tunaikan janji aku. Fiy... aku tak ada niat nak sakitkan hati kau. Aku... aku..." Mardhiyah menyapu lembut pula air matanya.

"Mar... kau tak ada salah apa-apa dengan aku. Aku cuma... aku tak tahu nak kata apa. Kau... adalah wanita terkuat yang aku pernah jumpa selama ni Mar. Luka yang kau hadap seorang diri tu..." jelas Safiyah.

"Fiy... Sufi... tu..." Mardhiyah menatap dalam kedua mata Safiyah.

Safiyah menggeleng. Tangisannya semakin deras mengalir.

"Bukan Mar. Sufi tu... bukan Sufi yang kau kenal."

"Fiy... aku tahu. Tangisan kau tu menunjukkan, kita berdua kenal dengan Sufi yang sama. Aku yakin, sebab lelaki yang kita impikan... mempunyai ciri-ciri yang sama Fiy. Permata... di dalam dasar laut yang paling dalam. Ketenangan... dan ketulusan." nafi Mardhiyah.

Safiyah menundukkan wajahnya yang sayu.

"Aku dah tak kenal Sufi yang tu Mar. Aku hanya nak kau ada dengan aku buat masa ni. Aku tak nak, kita berpisah lagi..."

Mardhiyah memeluk tubuh Safiyah kembali.

"Fiy... aku tak nak, sebab aku, kau hancurkan kebahagiaan kau sendiri. Luka yang aku simpan, aku kuat untuk hadap seorang diri. Afiyah, ibu... aku dah hancurkan harapan dia orang. Aku dah tak nak hancurkan harapan sesiapa lagi Fiy..."

"Mar... kau tak hancurkan harapan sesiapa. Aku tak nak kau terluka lagi. Cukuplah selama ni kau terluka Mar. Aku hanya nak kau bahagia, dengan aku sebagai saksi. Aku tak nak berpisah lagi dengan kau Mar. Setiap luka yang kau rasa, aku pun kena rasa juga. Setiap bahagia yang kau rasa, kita rasa bersama-sama. Aku tak nak berpisah dengan kau lagi Mar..." Safiyah membalas pelukan Mardhiyah dengan eratnya.

Untuk seketika, tangisan mereka berdua menghias ruangan bilik itu.

"Kita tak akan berpisah lagi Fiy. Aku janji." balas Mardhiyah.

Memori Mardhiyah (Completed)Where stories live. Discover now