Kelopak mata dicelikkan dan kening berkerut kecil. Gegendang telinga disapa dengan bunyi alarm yang terletak dimeja tepi katilnya. Dengan gerakkan malas dia bangun daripada pembaringannya tubuh disandarkan dikepala katil.
Kepala ditoleh ketepi renungannya yang kosong melihat kearah alarm yang masih bising berbunyi. Lagi 30 minit dari sekarang untuk masuk solat subuh.
Seketika matanya terarah ketepi jam loceng tersebut. Tak berkelip kini matanya kearah benda tersebut. Dan rahangnya mula diketap.
Frame yang berisi gambar dia dengan kedua sahabatnya. Aih setiap kali melihat gambar-gambar arwah sahabatnya yang satu itu mesti hati dia bagaikan terjentik.
Rindu.
Sudah 3 tahun ditinggalkan tetapi semakin hari bukan dia melupakan sahabatnya itu malah setiap hari bayangan lelaki itu seakan berada disisinya. Makanya perasaan rindu melebihi perasaan untuk melupakan sahabatnya itu.
Takkan dia melupakan sahabatnya itu. Selamanya takkan.
Satu keluhan berat dilepaskan sebelum rambut disebak kebelakang. Selimut yang menutupi kakinya dialihkan dan dia mula turun daripada katil miliknya.
Tubuh bahagian atas terdedah. Hanya memakai seluar jogger pants ditubuhnya. Ditepi katilnya dia meregangkan segala ototnya. Sekejap sahaja sebelum dia berjalan kehujung bilik untuk mengambil tuala miliknya. Dia perlu membersihkan dirinya kerana sekejap lagi akan masuk solat subuh.
Tangga satu persatu dituruni. Kedua tangan elok dimasukkan kedalam poket seluar yang dipakainya. Sampai saja dia kebawah kaki dibawa terus melangkah menuju kearah ruangan dapur.
Peti sejuk didekati dan sebelah tangan dikeluarkan untuk membuka pintu sejuk tersebut. Bebola mata terus memerhati segala barangan yang berada didalam peti sejuk itu.
Keningnya yang lebat sedikit berkerut. Hujung keningnya digaru perlahan sebelum dia mengambil 2 biji telur. Dikeluarkan daripada petis sejuk itu dan dibawa kearah meja kabinetnya.
Dia berjalan pula ketepi untuk mengambil satu mangkuk. Sarapan dia pagi ini telur dengan roti jelah.
TING TONG!
Dia yang baru mahu memecahkan telur tersebut terbantut apabila bunyi loceng rumahnya kedengaran berbunyi.
Tidak menunggu lama dia meninggalkan pekerjaannya itu dan melangkah keluar daripada ruangan dapur. Kaki dibawa menuju terus kehadapan lebih tepat kearah pintu utama rumahnya.
Hairan juga siapa yang datang waktu pagi-pagi ini? Baru pukul 8 lebih kot.
KLAK!
"Assalamualaikum abang Maiq! Kami datang nak beraya hehe." Buka saja pintu terus dia disapa dengan kelibat 2 orang yang sangat-sangat dikenalinya. Kalau tadi reaksi wajahnya biasa sekarang tiba-tiba berubah. Malah tatapan kosong dilemparkan kearah kedua gerangan dihadapannya.
YOU ARE READING
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi
Romantik[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seoran...