MAIQ JANNAH | 43

23.6K 1.7K 85
                                    

"Eh Jannah." Inspektor Farah bingkas bangun daripada kerusi kerjanya apabila melihat kelibat Jannah yang baru melangkah masuk kedalam balai polis tersebut.

Dia mengukir senyum kearah wanita mengandung yang sudah tersenyum kearah mereka. Malah sudah berjalan kearah mereka.

Dah lama tak bertemu dengan isteri detektif Maiq.

Serantak mereka yang lain memandang kearah Jannah. Malah seseorang sudah terkedu melihat kelibat ibu mengandung itu.

"Eh ibu mengandung ni. Lamanya tak nampak awak..." Suara Inspektor Ain pula kedengaran. Dia turut bangun daripada kerusi kerjanya.

"Assalamualaikum." Sesampai dihadapan meja kedua rakan suaminya itu lembut suara Jannah memberi salam. Tersenyum manis dia dihadapan kedua perempuan tersebut.

Tak semana-mana Inspektor Ain dan juga Inspektor Farah tersengih. Terasa haha! Serentak keduanya membalas salam wanita mengandung itu.

"Cari detektif Maiq ke?" Jannah terus mengangguk menjawab soalan Inspektor Farah. Sekarang waktu rehat dah. Dia teringin nak datang sini jumpa suami dia. Nak makan bersama Maiq.

Salwa yang sudi hantarkan dia kesini tadi.

Nanti balik pandai-pandailah Maiq hantarkan heh.

"Ada dekat bilik kerja dia. Pergilah."

Jannah mengangguk lagi dan tangannya terus menyua satu plastik yang didalamnya ada 3 jenis minuman yang dia sempat beli sewaktu dalam perjalanan kesini.

"Maaflah mampu bawakan ini je." Ujar Jannah dan memberikan plastik tersebut kepada Inspektor Farah. Tidak teragak-agak Inspektor Farah menyambut.

"Eh susah-susah jelah." Kata gadis itu dan dia melihat isian didalam plastik tersebut. Waktu-waktu macam ni memang nikmatlah minum minuman sejuk seperti ini.

"Takdelah. Satu Inspektor Tanisyah ye." Kata Jannah lagi sebelum dia memandang kesatu arah. Kearah dua perempuan yang hanya memerhatinya.

Inspektor Tanisyah dan juga Inspektor Noora.

Kelihatan Inspektor Tanisyah yang mengukir senyuman kearahnya. Jannah membalas sebelum bebola matanya bergerak kearah tepi gadis india itu. Tiba-tiba senyuman Jannah pudar malah digantikan dengan raut serba salah.

"Eh? Maaflah saya beli 3 je. Lupa pula kewujudan Inspektor Noora." Suara Jannah kedengaran serba salah saja. Malah matanya dikedipkan berkali-kali kearah Inspektor Noora. Lagak betul-betul bersimpati dan tentu saja rasa bersalah kerana sudah lupa membelikan gadis itu.

Hmm.

Terdiam Inspektor Noora. Malah saat itu reaksi wajahnya sedaya upaya ditahan daripada memberi sebarang reaksi.

Sebelum bibir menguntum senyuman paksa.

"Eh takpe. Lagipun tak sudi nak minum juga." Balasnya lembut, Lembut tapi tajam maksudnya. Bebola matanya bergerak meneliti atas bawah wanita mengandung itu.

Ingat dia hamak sangat ke?

Jannah tersenyum mendengar balasan gadis itu. Elele tak sudi konon. Suami kite sudi pula.

"Thank you Jannah." Ucap Inspektor Tanisyah apabila Inspektor Farah menyerahkan satu minuman kepadanya. Jannah mengangguk saja.

Inspektor Noora diam hanya matanya bergerak dalam diam memerhati tak puas hati kearah Jannah.

Apa perempuan ni buat dekat sini? Menyemak saja.

Jannah menoleh kesatu arah. Lama matanya memerhati arah tersebut sebelum dia menoleh kembali kearah Inspektor Noora.

[C]✓Mrs. Maiq HakimiWhere stories live. Discover now