MAIQ JANNAH | 21

36.2K 2K 190
                                    

Maiq turun daripada ducati miliknya dan menanggalkan helmet yang dipakai. Terus dia menoleh ketepi apabila mata disapa dengan kelibat Kai yang baru keluar daripada perut kereta milik lelaki itu.

"Aku ingat aku sorang je lambat." Ujar Maiq dan sudah berjalan mendekati sahabatnya. Dia baru sampai ketempat kerja selepas menghantar isterinya.

Mereka berdua sudah berjalan beriringan untuk masuk kedalam balai tersebut.

"Aku singgah tempat Ash tadi." Jawab Kai tanpa nada. Dia menoleh kejap kearah Maiq sebelum kembali memandang kehadapan. Satu senyuman nipis terbit dibibirnya.

Entah tiba-tiba dalam perjalanan teringat Ashriq. Penanda kot Ashriq rindu. Dia pun tak teragak-agak pergilah kesana.

Berubah riak wajah Maiq dan direnung sahabatnya daripada tepi. Seketika senyuman nipis terbit dibibirnya. Dia pun rindulah pula.

"Assalamualaikum abang-abang milik orang." Masuk saja kedalam balai tersebut terus saja telinga disapa dengan suara Inspektor Zeus.

Kosong tatapan keduanya terhadap jejaka cina yang segak saja memakai baju seragam polisnya.

"Walaikum." Acuh tak acuh Kai jawab. Inspektor Zeus ni memang senget sikit. Pengaruh orang sekeliling dia banyak muslim tu yang banyak tahu menahu pasal agama budak ni.

Haha.

Tahu elite diajak masuk sulit.

"Tengok aku dengan Ranz semangat kan?" Ujar Inspektor Zeus sambil tangan menunjukkan diri sendiri dari atas kebawah.

Maiq yang diam hanya memerhati tingkah rakannya itu.

Tiada reaksi daripada wajah tampan itu.

"Cuba tanya kenapa." Pinta detektif Ranz Haikal yang sedari tadi mendiamkan diri saja. Tersenggih-senggih saja jejaka itu.

"Kenapa?" Soal Kai tanpa nada. Sebelah tangan dimasukkan kedalam poket seluarnya. Walaupun macam manapun layan sajalah dua beruk ni.

Tengah sendu kan?

"Nanti ada unit dari lain transfer masuk sini. Ada geng barulah hehe." Teruja saja suara Inspektor Zeus memberitahu berita yang baru mereka dapati. Berkerut kening Kai dengan Maiq yang mendengar.

Makin tersenggih detektif Ranz Haikal.

"Dahtu?" Dingin suara Maiq bertanya. Kalau ada pun kenapa? Apa masalah? Macam tak pernah kena tranfer pegawai lain kesini.

"Jodohlah! Nanti mesti ada Inspektor cantik-cantik kotlah jodoh aku dengan Zeus terselit. Tak sabarlah!" Kai sudah menjulingkan matanya keatas setelah mendengar sorakkan detektif Ranz Haikal.

"Bodoh adalah." Gumam Maiq tanpa perasaan sebelum berjalan melintasi kedua rakannya itu. Buat kerja lagi bagus daripada melayan kerenah sendu kedua rakannya.

Inspektor Zeus mencebik.

"Memanglah bodoh bagi kau dah ada bini. Bagi kami ni memang jodoh kiriman tuhan tau!" Bebel Inspektor Zeus sambil menjeling setiap langkah Maiq yang sudah menghilangkan diri masuk kedalam bilik kerja lelaki itu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C]✓Mrs. Maiq HakimiWhere stories live. Discover now