MAIQ JANNAH | 50

28.1K 1.8K 364
                                    

Inspektor Noora sudah mula tidak senang duduk. Sesekali dia mencuri pandang lelaki dihadapannya. Hatinya berdebar dan reaksi wajahnya sedaya upaya dikawal supaya kelihatan tenang.

Nak meletop jantung!

Maiq depan mata dia sekarang. Sedang berhadapan dengan kedua orang tuanya.

"Saya tahu saya dah buat kesalahan besar dan saya mengaku. Jadi uncle dan aunty izinkan Maiq kahwin dengan Noora." Tenang suara Maiq menuturkan itu dan matanya memandang tepat kedalam anak mata Inspektor Noora. Satu senyuman ikhlas dihadiahkan dihadapan perempuan itu.

Sabar...

Manakala Inspektor Noora seakan mahu pitam saja mendengar kata-kata yang baru melontar keluar daripada bibir lelaki itu.

Ya Allah.

Betul ke? Betul je? Dia tak silap dengarkan? Tapi kenapa hati dia tiba-tiba tidak tenang pula?

Liur ditelan.

Satu gelakkan terletus tiba-tiba daripada Tuan Nooh dan itu berjaya mengalihkan pandangan Maiq terhadap Inspektor Noora dan memandang pula wajah tua dihadapannya.

Kening terangkat kearah lelaki tua itu.

"Memang lelaki tak guna betul kamu ni ye? Isteri pertama kamu tengah mengandung pun kamu boleh pasang lain. Kalau Ikutkan hati aku ni. Aku takkan izinkan kau kahwin dengan anak aku tau. Kau lelaki tak guna tak layak untuk anak aku. Tapi apakan daya anak aku dah jatuh terperangkap dalam kehidupan lelaki tak guna macam kau." Bidas Tuan Nooh tanpa tapis. Dipandang jijik lelaki muda dihadapannya. Panasnya hati tua dia. Mahu dia lunyaikan lelaki dihadapannya.

Maiq mengetap rahangnya dan mengekalkan reaksi wajahnya untuk kelihatan tenang.

Bangsat.

Kalau bukan kehendak Kai buat kerja gila begini memang mati anak beranak ni ditangan dia sekarang juga. Lagi-lagi Inspektor Noora. Memang dia cekik sampai mati.

"Ye saya tahu. Tapi uncle jangan risau. Walaupun saya tak berguna tapi saya sayang anak uncle. Tolong bagi saya peluang. Saya takkan sia-siakan anak uncle." Lembut dan tenang saja Maiq menjawab dan lepas saja menuturkan itu Maiq bertindak menjatuhkan lututnya kebawah sofa.

Terkejut ketiga beranak itu melihat perbuatan Maiq yang sudah melutut dihadapan mereka.

"Tolong percayakan saya kali ini. Dan bagi saya peluang." Sambung Maiq lagi. Melihat Maiq begitu semakin tidak keruan Inspektor Noora. Entah kenapa dia tidak bahagia melihat perbuatan lelaki.

Seperti ada sesuatu.

Kedua orang tua Inspektor Noora berpandangan sebelum mereka memandang kembali kearah Maiq yang masih melutut.

"Memang aku bagi peluang. Sebab kamu dah hancurkan hidup anak aku. Jadi aku izinkan anak aku kahwin dengan kamu." Mendengar kata putus daripada lelaki tua dihadapannya Maiq melebarkan senyumannya. Dan bebola mata mencari anak mata Inspektor Noora yang kelihatan sudah pucat dihadapannya.

Kenapa?

Tak bahagia ke?

Nak kahwin ni.

"Terima kasih. Terima kasih sangat-sangat. Nanti saya suruh keluarga saya datang hantar rombongan masuk meminang."

Payah Inspektor Noora menelan liurnya. Sumpah dia rasa dah lain. Dia fitnah Maiq! Tapi bila lelaki itu dah mengalah seperti ini dia pula yang takut.

Nak tarik balik boleh tak?

Kalau Maiq bunuh dia nanti macam mana?

Kepala digeleng. Bodoh! Peluang dia dah ni.

"Boleh saya bercakap berdua dengan Noora sebelum balik? Saya minta maaf dekat dia. Banyak benda nak bincang dengan bakal isteri saya. Boleh sayang?" Sumpah rasa mahu tercabut jantung Inspektor Noora sekarang. Malah pipinya sudah membahang.

[C]✓Mrs. Maiq HakimiWhere stories live. Discover now