Jannah mendaki tangga satu persatu langkah dituju kearah bilik mereka. Sekarang sudah pukul 11 malam dan dia baru habis memasak.
Tadi selepas sesi meluah. Maiq ajak tidur. Tapi dalam pukul 10 lebih dia terbangun sebab lapar. Dengan dia merasakan tak selesa sebab.
Period.
Nasib tak bocor atas katil waktu tidur tau! Masalah betul. Ni dah habis masak nak bangunkan suaminya. Dia lapar tak mustahil lelaki itu pun tak lapar.
Nasib baik dia turun tadi kedapur bukan main banyak bahan-bahan masakan suaminya. Jadi nak masak pun senang sebab macam-macam tau.
Bangga pula dia.
Maiq memang lelaki idaman hmm, Dia tahu lelaki itu mesti pandai masak punya. Nasib dia pun pandailah walaupun tak pandai sangat.
Takdelah dia malu sebab kalah dengan suaminya haha.
Dia selalu belajar dengan ibu dan selalu membantu ibunya memasak tu yang dia pun pandai takdelah kekok sangat.
Sampai dihadapan pintu bilik mereka Jannah mula membuka perlahan dan terus kepala dimasukkan. Maiq masih dengan posisi sama waktu dia tinggalkan tadi.
Pintu semakin diluaskan sebelum Jannah berjalan mendekati katil dimana suaminya berada. Satu dia mula perasan dengan lelaki ini. Maiq akan buka baju kalau tidur.
"Awak." Dia hanya berdiri ditepi katil dan mula memanggil lembut suaminya. Tengok Maiq tidur seperti ini terbit juga rasa tak sampai hati nak bangunkan. Tapi lagi tak sampai hati pula kalau tak bangunkan.
Dia bukan main sedap makan sedangkan lelaki ini tak makan pun.
"Maiq." Sekali lagi menyeru lelaki itu apabila tiada tindak balas daripada suaminya. Kali ini tangannya menyentuh bahu terdedah suaminya.
Bibir dikemam. Ah malulah pulak haha.
"Oh awak bangun." Kali ketiga barulah melihat gerakkan daripada suaminya. Kelihatan kening lebat itu sudah bergerak malah mata itu sudah mula terbuka.
Jannah kembali menjauhkan tangannya daripada menyentuh suaminya.
Buka saja matanya pandangan terus dihiasi dengan wajah jelita itu. Maiq berkerut kecil sebelum dengan perlahan bangun daripada baringannya dan mula bersandar dikepala katil.
Rambut disebak kebelakang mata terus melihat kearah jam ditepinya.
Dah pukul 11 malam.
"Sorry bangunkan. Saya nak ajak awak makan." Kepala kembali dialih kearah isterinya setelah mendengar ajakan suara lembut itu. Ditatap wajah cantik itu.
Makan?
Dia bukan jenis makan tengah malam begini. Kalau tak sempat makan malam memang dia takkan makan.
"Kau lapar?" Soalnya tiba-tiba dan kelihatan isterinya yang mengangguk. Maiq terangguk kecil dengan jawapan isterinya.
"Jomlah aku masakkan untuk kau." Kata Maiq sebelum mengesot ketepi katil. Jannah sudah terkebil-kebil kearah suaminya.
Eh salah.
"Er saya dah habis masak. Tinggal kita makan je." Terlalu perlahan suara Jannah kedengaran. Senyuman kecil terbit dengan tangan naik menggaru belakang kepalanya.
Entah dia masih kekok dengan suaminya.
Terangkat kening Maiq mendengar itu. Lah pikir isterinya tak reti masak.
"Kau masak?"
Jannah terus mengangguk menjawab suaminya. Melihat itu Maiq berdeham.
Nak tarik baliklah dia kata tak makan waktu begini. Serius dia lapar ni hmm. Dia takkan sesekali lepaskan peluang ini.
YOU ARE READING
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi
Romance[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seoran...