Jannah memerhati Maiq yang sedang merapikan rambut dihadapan cermin meja solek mereka. Elok saja dia bercekak pinggang sekarang ini.
Diperhati atas bawah suaminya dari belakang sebelum bebola mata bergerak memerhati tubuh kecilnya sendiri.
Seketika dia mencebik kecil.
Hmm.
"Tinggi abang berapa eh?" Soalnya tiba-tiba sebelum kembali memerhati belakang suaminya. Maiq bersiap sebab dah nak turun kerja. Dia esok baru kerja hari ini last cuti.
Selasai dengan rambutnya Maiq terus berpusing menghadap isterinya. Kening ternaik keatas setelah mendengar soalan wanita itu. Lagi-lagi Jannah yang bukan main sedang bercekak pinggang dihadapannya.
Comel je.
"188 cm kenapa?"
Terkelu terus lidah Jannah mendengar jawapan lelaki itu. Malah mulutnya ternganga kecil.
Okey faham...
Laju Jannah menggeleng apabila lelaki itu bertanya kembali kepadanya. Satu sengihan tak ikhlas diberikan kepada suaminya.
"Sayang berapa?" Terkemam terus bibir Jannah apabila mendengar soalan Maiq. Sebelah tangan naik menggaru hujung keningnya dan mata masih tidak terkalih daripada suaminya.
Haih.
"Ala perempuan kan normal. 155 je." Makin tersenggih Jannah dengan jawapannya sendiri.
"Dahlah jom saya hantar kebawah. Nanti abang lambat." Tidak menunggu balasan suaminya Jannah terus saja mengajak lelaki itu untuk turun. Lebih baik tukar topik sebelum kejauh mereka.
Tak baik main ketinggian ni tak baik.
Maiq sudah meletuskan ketawanya. Lawaklah. Bukan tak nampak Jannah yang menukar topik.
Eleh dia yang mula dulu.
Mereka berdua beriringan keluar dari bilik untuk turun kebawah. Sampai saja dibawah Maiq terus melangkah keluar manakala Jannah menghilangkan diri kedapur.
Nak ambil bekal Maiq. Tahu tak lepas solat subuh dia dengan Maiq dah perang mulut. Ada ke patut tak suruh dia buat kerja iaitu masakkan bekal.
Lengan dia sakit tapi takdelah sampai tak boleh masak apa semua.
Suami dia je melebih.
Nasib baik mengalah. Sebab apa? Dia merajuk. Rawr.
Maiq menoleh kebelakang apabila perasan dengan kedatangan isterinya. Dan ditangan wanita itu ada beg kecil.
Bekal dia.
Rajin.
Isteri siapa entah.
Untung betul suami dia.
Heh.
Puas dengan sarung tangannya. Maiq menyandar diducati miliknya.
"Nah abang."
Jannah menyerahkan beg tersebut kearah suaminya. Dan Maiq terus saja menyambut sebelum diletak keatas ducati miliknya.
Dia kembali memandang isterinya sebelum mula menarik tangan kecil itu supaya mendekatinya.
Dipeluk tubuh kecil itu. Kemas tangannya memeluk pinggang isterinya.
"Apa-apa call abang terus. Nanti mama datang sini juga." Lembut nada Maiq dan bebola mata bergerak memerhati segenap wajah isterinya.
Cantik seperti selalu.
"Baik abang..." Meleret suara Jannah menjawab suaminya. Nanti mertua dia datang katanya nak temankan dia disini. Maiq dah tak boleh cuti.
YOU ARE READING
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi
Romance[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seoran...