MAIQ JANNAH | 12

37.4K 2.1K 216
                                    

Walaupun kekok dia berusaha menarik senyuman dihadapan camera yang sedang dituju kearah mereka.

Tangan yang memeluk pinggang seseorang digenggam menahan gemuruh. Jannah menunduk sekilas membalas apabila tetamu yang membawa mereka bergambar mengucapkan tahniah kepada mereka.

Perlahan dia menarik tangannya daripada terus memeluk pinggang suaminya. Begini sajalah setiap kali ada yang membawa mereka bergambar mesti terpaksa memeluk pinggang Maiq.

Terpaksa tau!

Maiq hanya mengangguk kecil kearah tetamu yang memberikan ucapan. Pergi saja tetamu tangannya menarik pinggang kecil isterinya supaya mengikuti langkahnya.

Jannah hanya patuh.

Langkah dibawa mendekati dimana rakan-rakan mereka berada. Dari tadi tak jumpa sangat sebab mereka diatas pelamin lepas tu melayan pula pelbagai tetamu. Baru sekarang dapat peluang berjumpa rakan mereka.

Majlis dah nak sampai kepenghujung tetapi tetamu masih ramai tau.

"Kenapa ni?" Soal Maiq apabila melihat Eidil yang sedang menangis didalam gendongan Kai. Dari jauh kelihatan Kai yang berusaha menenangkan anaknya.

Elana juga yang sedang menepuk belakang anaknya.

"Ni si bangang ni. Adakah patut bagitahu anak aku bukan-bukan. Katanya tak boleh dah cium bini kau sebab kau marah budak ni nanti." Tajam tatapan Kai terhadap Inspektor Zeus. Bangang punya cina bukit usik anak dia dari tadi saja. Kan mengamuk dah budak ni.

Nasib baik suara tangisan anaknya tenggelam kerana musik memenuhi ballroom tersebut.

Maiq terus melemparkan tatapan mautnya kearah Inspektor Zeus yang sudah tersenggih dihadapannya.

Ada juga karang yang merasa kena sunat ni.

"Taknak budak ni dengan aku dah nanti siap kau." Marah Maiq sebelum melepaskan pelukkan dipinggang isterinya. Dia mendekati Kai sebelum mengambil Eidil yang masih menangis itu.

"Taklah. Mana ada uncle marah, Eidil boleh je cium aunty Jannah." Bisik Maiq ketelinga sikecil. Terangguk-angguk kepala sikecil akibat menangis.

Bongoklah pun si Zeus ni.

Eidil mula mengawal tangisannya. Dalam kabur pandangannya dia menatap uncle hensemnya.

Maiq tersenyum kearah anak sahabatnya itu. Terus tangan naik mengesat sisa air mata sikecil.

"Be--betul?" Tangan kecilnya menggosok kejap matanya, Dan kembali memandang penuh berharap kearah Maiq. Laju Maiq mengangguk membalas soalan sikecil.

Kaki dibawa mendekati isterinya semula yang hanya memerhati mereka.

"Betul. Nah kiss aunty Jannah cepat." Arah Maiq kepada sikecil sebelum mendekatkan wajah sikecil kearah isterinya. Jannah tersenyum sebelum terus menyua pipinya.

Laju bibir sikecil singgah dipipi kemerahan Jannah. Elana yang melihat itu sudah menepuk dahinya. Bukan main eh! Dah berhenti menangis pun budak tu sekarang.

Mengecil mata Kai kearah anaknya.

Dasar ketot anak siapa entah gatal betul.

Terbit senyuman dibibir Eidil sebelum kedua tangan kecilnya naik menekup pipi sendiri. Sukanya dapat cium.

Blushing lah macam ni.

Terletus ketawa Jannah melihat tingkah comel anak rakannya itu. Haha comelnya!

Hujung bibir Maiq ternaik. Nasib kau menangis tau budak. Kalau tak jangan harap dapat hmm.

Maiq berpusing kembali menghadap rakannya. Dan jari telujuknya naik menunjuk kearah Inspektor Zeus.

[C]✓Mrs. Maiq HakimiWhere stories live. Discover now