MAIQ-JANNAH | 5

34K 2.1K 287
                                    

Jannah mengelap perlahan meja tempat mereka semua makan tadi. Yang lain sibuk membasuh segala pinggan yang mereka gunakan semasa makan tadi.

Ada Elana menyuruh mereka untuk membiarkan saja nanti wanita itu yang uruskan tetapi mereka saja yang sudi membantu. Makan bersama kemas pun bersamalah.

Hanya kaum lelaki saja yang santai berada didalam mereka semua perempuan beraksi didapur.

"Nantikan. Nanti..." Jannah mengangkat kepalanya memandang kearah Qaseh dengan Salwa yang sibuk membasuh pinggan disinki. Meleret saja suara Qaseh kedengaran.

Elana yang sibuk mengemaskan lauk yang tidak habis kedalam bekas turut memandang kearah kedua rakannya. Inspektor Farah dan juga Inspektor Ain sudah meminta diri masuk kedalam memandangkan sudah habis membuat kerja disini.

Ada juga menawarkan diri untuk membantu membasuh pinggan tetapi Qaseh yang menolak untuk dibantu. Biarlah dia dengan Salwa saja.

Dia kekok sebenarnya dengan kedua Inspektor tu haha.

"Apa." Acuh tak acuh suara Jannah. Sebenarnya dia dah siap lap tapi sengaja lap berulang kali. Biarlah! Yang penting ada kerja dan kekal disini terus. Taknak masuk dalam!

Tahu tak sedari tadi dia tak senang duduk. Baru sekarang dia tenang sikit. Tak tengok pun dia tahu lelaki tu perhati dia. Benci!

Tak suka dahlah tak payahlah tengok dia macam dia ni ada buat salah. Tak selasa dapat yang penting perasan pun dapat.

Tipulah orang yang kita suka tengok kita. Kita tak perasan. Mestilah perasan orang yang kita suka tu suka kita balik kan? Dah pandang-pandang hm.

Tapi dalam dia perasan pun dia selalu ingatkan diri.

Detektif Maiq tu pandang je bukan suka pun haha.

"Nasi minyak. Nasi minyak." Berkerut kening Jannah mendengar kata-kata yang meluncur keluar daripada Salwa. Apa yang nasi minyak dia? Salwa nak kahwin ke?

Kain lap dilepaskan sebelum tangannya naik bercekak pinggang.

"Asal dengan nasi minyak? Kau nak kahwin dah ke Salwa? Wah biar betul." Mula sudah Jannah teruja. Mata juga sudah bersinar kearah rakannya itu.

Betullah ni nasi minyak.

Salwa terkebil-kebil terus dia berpandangan dengan Qaseh, Eh? Salah-salah. Nak kena kan budak Jannah tu asal dia kena balik pula.

Seketika terletus ketawa Qaseh. Salwa yang melihat rakannya tergelak turut tergelak. Reaksi wajah Jannah sudah berubah. Berkerut kening cantiknya manakala Elana sudah terkebil-kebil ditempatnya memerhati tingkah kedua rakannya itu.

Dah kenapa pula ni?

"Tak asal korang ni? Aku tertinggal apa-apa ke?" Soal Elana pelik. Tak ajaklah dua ekor ni pun. Dia tak faham ni tahu tak.

Qaseh menghentikan ketawanya. Tak lucu manapun tapi entahlah terhibur lebih-lebih pula dia haha!

"Tu si Jannah lah El. Kejap lagi nasi minyak." Ujar Qaseh selamba sebelum dia mengerling kearah Jannah sekilas dan kembali menumpuhkan perhatian membasuh pinggan.

Lagi sikit nak siap.

"Aku? Kau dah kenapa tiba-tiba." Bergerak bebola mata Jannah keatas bawah memerhati tubuh kecil Qaseh. Eh orang diam-diam pun kena.

Ada dia pelangkung kejap lagi.

"Elele. Tu detektif Maiq tak lepas tengok kau haha!" Dihujung ayatnya ketawa Salwa bergema. Bukan dia dengan Qaseh tak perasan pandangan detektif Maiq terhadap rakan mereka sepanjang makan bersama tadi.

[C]✓Mrs. Maiq HakimiWhere stories live. Discover now