MAIQ JANNAH | 44

26.6K 1.6K 134
                                    

"Ah sedapnya." Maiq menelentang diatas katil mereka. Tangan didepa seluas mungkin dan kaki digoyang-goyangkan. Mata dipejam rapat.

Serta merta berubah reaksi wajah Jannah. Dia yang sedang menyandar dikepala katil hanya merenung kosong tingkah Maiq. Tangannya bergerak mengusap perut sendiri.

"Ah sedapnya!" Ulang Maiq lagi dan sebelah matanya dibuka kecil mahu mengintai reaksi Jannah disebelahnya. Gigi diketap dalam diam menahan ketawa melihat reaksi kosong isterinya.

Sengaja mahu mengusik isterinya haha.

Jannah tak boleh baring menelentang sangat seperti ini. Lagipun kalau waktu tidur wanita itu kena dipenuhi dengan bantal dibelakang. Kadang-kadang Jannah tidak dapat tidur.

Tak selesalah itulah.

Senang kata semenjak mengandung Jannah susah sangat tidur. Kena betul-betul selesa baru dapat tidur. Kesiankan?

"Bencilah abang ni. Tunggu Naa tak dapat tidur abang pun tak dapat. Naa takkan biarkan abang sedap tidur pastu Naa tak dapat pun. Naa akan pastikan abang ikut menderita sekali." Panjang bibir merah itu berceloteh malah kedengaran tidak puas hati saja. Dijeling manja suaminya disebelah yang sudah membuka kelopak mata.

Maiq mengetap rahangnya sebelum dia bangun daripada baringannya. Dia sedang menahan ketawa daripada pecah.

Habislah dah kena ugut dah haha.

"Aik? Sayang kenapa abang tak buat apa-apa pun." Mata sengaja dikedipkan. Seakan-akan tidak melakukan kesalahan. Wajah tak bersalah ditayang.

Jannah mencebikkan bibirnya. Yelah tu. Ingat dia tak tahu ke?

"Abang ingat Naa bodoh ke? Tak tahu?"

"Hey. Apa main bodoh ni." Sedikit tersentap mendengar balasan isterinya. Maiq bertindak merapatkan diri kearah isterinya sebelum tangan memanjang memeluk pinggang isterinya.

Budak ni!

Jannah diam saja.

Maiq tergeleng kecil. Dia yang sedang memeluk isterinya dari tepi sudah menyandarkan tepi wajah didada isterinya. Tangan yang memeluk pinggang isterinya bertindak mengusap belakang wanita itu.

"Gurau sikit pun tak boleh." Gumam Maiq perlahan. Jannah semenjak mengandung pergh. Garang! Tak boleh usik sikit merajuk tak pun mengamuk.

Baru percaya. Emosi ibu mengandung itu kenyataan dan tidak boleh dibawa main hmm...

"Tak boleh!"

Maiq mendonggak keatas menatap isterinya apabila dibidas begitu oleh wanita itu. Mengecil matanya kearah isterinya.

"Abang buat saya sakit hati. Dengki hmm." Termuncung bibir merah itu, Maiq yang mendengar sudah mengerutkan keningnya. Sampai macam tu eh?

"Dengki?"

Jannah mengangguk kecil.

"Yelah dengki. Abang boleh buat macam tu Naa tak boleh." Perlahan saja suara Jannah. Ditatap dalam anak mata suaminya dan tangan naik mengusap rambut lebat Maiq.

Mengada?

Begitulah haha.

Dia senang rasa iri sekarang. Iri terhadap Maiq haha!

Takdelah saja je.

Kalau dia tak boleh tidur. Maiq yang temankan. Selagi dia tak tidur selagi tulah Maiq tak tidur. Kerap dia terbangun akibat merasakan tidak keselesaan.

Sakit pinggang selalu.

Payah dia nak tidur. Ada kadang Maiq tak sedar ha. Cemburu sebab Maiq boleh sedap tidur dia susah sangat.

[C]✓Mrs. Maiq HakimiWhere stories live. Discover now