MAIQ JANNAH | 30

35.2K 2K 147
                                    

"Sakit. Sakit." Berkerut kening Jannah malah air matanya sudah mengalir perlahan. Tak boleh tahan daripada tidak menangis. Sumpah sakit.

Luka dia boleh tahan dalam lepastu dahlah panjang.

"Tahan Naa." Pujuk rakan kerja Jannah yang bertugas merawat luka Jannah. Heboh hospital gara-gara kes ragut tadi. Malah kejadian tadi sudah dalam siasatan polis. Didepan hospital sekarang ada beberapa anggota polis sedang menyiasat.

Suspek masih belum dikenal pasti.

Nasib baik ada beberapa orang awam yang melihat kalau tidak entah apa lagi yang wanita ini hadap. Ini pun dah boleh kira teruk.

Syukur walaupun luka ditangan Jannah masih selamat. Peragut ni sangat bahaya ye. Memang bersenjata tajam. Silap-silap tikam orang pun dorang buat.

Allahu.

KLAK!

Serentak mereka yang berada didalam menoleh kearah pintu yang tiba-tiba saja ditolak dari luar.

Saat itu Jannah terkelu apabila anak matanya sudah bertembung dengan anak mata suaminya. Jelas mata itu menikam tajam menatapnya.

Malah reaksi wajah tampan itu tegang saja.

Gulp.

Maiq!

Matanya terus melorot jatuh kearah lengan isterinya. Pada saat itu rahangnya diketap kuat malah semakin tegang wajahnya sekarang.

"Ab--abang." Bergetar suara Jannah menyeru suaminya yang hanya berdiri dihadapan pintu bilik rawatan itu. Terkebil-kebil mata Jannah yang sedikit kabur itu kearah suaminya.

Maiq menahan kejap dirinya sebelum mula melangkah masuk kedalam. Beberapa jururawat disitu memberi ruang kepadanya dan doktor yang sedang merawat isterinya kembali menyambung kerjanya.

Dapat panggilan dari pihak hospital tentang isterinya. Mahu meletop jantung apabila mendapat berita Jannah menjadi mangsa ragut sewaktu balik dari kerja.

Gila!

Terus dia memecut motornya kesini.

Doktor yang merawat Jannah berginjak ketepi memberi ruang kepada suami rakan kerjanya itu. Dan dia sudah bersedia mahu membalut lengan Jannah dengan Kain putih yang sudah dia sediakan.

Maiq kekal diam tapi matanya tajam melihat luka Jannah.

Panjangnya.

Rahang semakin diketap sebelum bebola mata naik menatap wajah jelita isterinya. Betapa kemerahan wajah isterinya sekarang malah sisa air mata masih ada.

Sembap.

Tidak teragak-agak tangan Maiq naik mengusap sisa air mata isterinya. Jantung dia berdegup laju sekarang ini.

Berombak kecil dadanya akibat menahan kemarahan sekarang malah betapa risaunya dia terhadap isterinya sekarang ini.

Sumpah. Mati dia kerjakan kalau dapat nanti.

Maiq semakin menunduk melihat isterinya yang sedang duduk diatas katil hospital. Terdonggak wanita itu melihatnya.

Liur ditelan perlahan apabila sesekali melihat kening cantik itu berkerut kecil mungkin menahan sakit.

Maiq terus saja menarik perlahan kepala isterinya dan dipeluk. Tersembam wanita itu keperutnya. Dan matanya kembali tertumpuh kearah luka Jannah yang sudah dibalut dengan kain putih.

Tajam mata Maiq melihat kearah itu.

Diusap belakang kepala isterinya yang masih dibaluti tudung itu. Diam saja isterinya sekarang. Malah terasa tangan isterinya yang bebas sudah naik memeluk pinggangnya.

[C]✓Mrs. Maiq HakimiWhere stories live. Discover now