Dia semakin gelisah malah seluruh tubuhnya sudah menggigil teruk sekarang ini. Wajahnya pucat dan anak matanya bergerak kecil memerhati orang-orang dihadapannya. Jelas dia dalam ketakutan yang teramat sekarang ini.
Manakala disatu sudut seseorang memerhatinya dengan tatapan penuh makna. Tajam dan reaksi wajah itu jelas tegang.
"Cakap. Kami takde masa nak buang masa dekat sini." Dingin suara Tuan Jashian kedengaran dan wajah tua itu jelas menahan kemarahannya. Lurus dia memandang seorang perempuan muda dihadapannya.
Kalau saja tidak memikirkan kehormatan besannya dia takkan sudi datang kesini. Tetapi besannya datang berjumpa dan membawa mereka kesini.
Kerumah keluarga besannya itu. Dia dengan anak sulung dan juga isterinya saja yang ada disini.
Jannah?
Jangan harap dia nak bawa kesini.
Entah apa lagi yang mahu dibagitahu kepada mereka. Perkahwinan ke? Ke mahu menceraikan anaknya?
Kalau ya memang dia takkan teragak-agak bersetuju. Memang patut anaknya diceraitkan oleh lelaki tak guna seperti menantunya.
Lelaki itu tidak layak untuk anaknya.
Maiq mengalihkan pandangannya kearah bapa mertuanya. Kosong tatapan dia terhadap lelaki tua itu. Tidak dinafikan dia kecewa kerana keluarga mertuanya tidak membawa Jannah bersama.
Kehadiran wanita itu yang dia nantikan tetapi mereka tak membawa bersama isterinya itu.
Sebegitu nekadnya keluarga mertuanya ingin menjauhkan isteri dan bakal anaknya dari dia.
Kepala kembali dipaling kearah Inspektor Noora dihadapan yang jelas sedang menggigil dihadapan. Jelas ketakutan diwajah perempuan itu.
"Cakap." Sepatah dia mengarahkan Inspektor Noora dan mereka yang lain sudah mengalihkan pandangan kearah Inspektor Noora. Mahu meletop jantung Inspektor Noora pada saat itu.
Jelas tertanya-tanya mereka yang lain.
Ada 3 buah keluarga dihadapannya. Keluarganya. Keluarga Maiq dan juga keluarga kepada isteri lelaki itu. Kuat genggaman tangan Inspektor Noora.
Dia dah tak boleh nak buat apa. Dia takkan boleh lari dari masalah ini. Kalau dia pun lari pasti keluarganya yang akan dapat masalah. Kalau dia bawa lari kedua orang tuanya mahu ke kedua orang tuanya?
Tidak!
Jadi dia memang tidak boleh nak buat apa sudah. Menutup perbuatannya dengan penipuan lagi? Maiq boleh siasat semuanya. Ramai dipihak Maiq. Ramai mengenali mereka berdua. Dan semuanya bukan bodoh untuk ditipu.
Dia silap langkah.
Patutnya bukan dengan cara ini dia buat. Tapi dia sudah terlanjur. Malah sudah hancur.
Lemah Inspektor Noora rasakan sekarang ini malah sudah tidak dapat mengawal air mukanya dia mengalirkan air matanya perlahan.
Tidak semana-mana mereka dikejutkan dengan tindakkan Inspektor Noora yang jatuh melutut dihadapan mereka semua.
Terkejut kedua orang tua perempuan tersebut.
Tangan disatukan. Inspektor Noora mula teresak.
"Ma--maafkan No--Noora. Sa--saya nak ju--jujur dekat semua orang yang No--Noora dah me--menipu dekat semua orang. Sa--saya takde hu--hubungan dengan Ma--Maiq." Tersekat suara Inspektor Noora mengaku kesalahannya malah terdiam kesemua orang dihadapannya. Tiada yang mampu membuka mulut masing-masing masih dalam process cuba memahami pengakuan gadis itu.
"Noora dah buat fitnah dekat Maiq. Ma--maafkan saya." Sambung Inspektor Noora lagi. Kali ini semakin kelihatan reaksi masing-masing. Terkejut dan tidak menyangka.
YOU ARE READING
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi
Romance[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seoran...