Maiq menepuk belakang tubuh papanya. Lelaki ini tidak henti menuturkan kata maafkan kepadanya. Dia pula yang serba salah.
"Pa ni. Takpela." Ujar Maiq dan meleraikan pelukkan mereka. Bahu papanya ditepuk perlahan. Tipulah kalau takde rasa kecewa.
Tapi dia faham.
Jannah sudah dibenarkan keluar hospital tadi petang. Dan leps isyak keluarga mereka datang. Keluarganya dan juga keluarga isterinya.
Alhamdulillah semua kembali seperti sedia kala hubungan mereka semua.
Dan kejap lagi kawan-kawan dia pula yang datang. Kawan isterinya juga mungkin sudah dalam perjalanan kesini.
Yang lain nak jumpa Jannah dah alang-alang semua nak datang dia suruhlah kawan dia yang lain. Ajak makan bersama.
Tak masak dia dengan Jannah pesan pelbagai jenis makanan. Heh.
Jannah yang duduk disebelah mertuanya tersenyum saja melihat suaminya dan bapa mertuanya. Tangan puan Haninah yang sedang memegangnya diusap perlahan.
Alhamdulillah for everything.
Tidak lama kedengaran seperti ada kereta yang masuk kedalam kawasan garaj mereka. Maiq terus menoleh kearah isterinya.
"Rasanya dah sampai. Come sayang." Maiq mendekati isterinya dan meraih lembut tangan wanita itu. Dibantu untuk bangun dan mereka berdua meminta diri untuk keluar menyambut siapa yang datang.
"Aunty cantik!" Keluar saja mereka berdua suara Eidil bergema. Kai yang baru menurunkan Eidil daripada kereta sudah tergeleng melihat anaknya yang sudah berlari kearah Jannah.
Dari dalam kereta lagi mulut tu tak reti pandai diam. Tak sabar nak jumpa aunty cantik katanya.
Jannah tergelak dan tangan sebelah didepa. Manakala Maiq sudah mengecilkan matanya kearah si ketot itu.
Budak ni memang lebih-lebih kalau jumpa isteri dia. Heh!
"Hai my baby boy." Lembut suara Jannah kedengaran dan dia ketawa lagi. Kini menunduk mengintai Eidil yang sudah memeluk pahanya. Tak nampak sangat sebab perut dia haha!
Kai membuka pintu penumpang bahagian hadapan dan terus menunduk meraih pinggang isterinya. Dibantu wanita itu keluar daripada perut kereta tersebut.
Elana mana boleh bangun sendiri haha!
Turun saja isterinya Kai menutup kembali pintu keretanya. Mereka berdua sudah berjalan mendekati Tuan rumah dihadapan.
"Assalamualaikum." Kedengaran suara lembut Elana memberi salam. Wanita itu sudah tersenyum lebar melihat Jannah.
Si mak buyung.
"Walaikumsalam." Serentak Maiq dengan Jannah menjawab. Jannah mengangkat pandangannya kearah Elana. Dia tersengih kearah wanita itu.
"Bro." Sapa Maiq dan melepaskan tangan isterinya. Salam gaya mereka dibuat. Kai menepuk bahu sahabatnya.
"Oit mak buyung okey tak?" Soal Elana dan mendekati Jannah. Sempat dikerling anaknya yang masih setia memeluk paha Jannah. Bukan main budak ketot ni.
Jannah tergelak mendengar panggilan Elana. Tak sedar diri ye budak Elana ni ye!
"Alhamdulillah okey." Balasnya dan tangan automatik naik mengusap perut Elana yang sudah berada dekat dengannya. Hala hala macam perut dia saja.
Elana memuncung sikit dan tangannya terus kepipi Jannah. Diusap pipi tembam itu. Tembam gila!
"Kesian ye? Stay strong." Dia pun tak tenang waktu Kai bagitahu masalah yang menimpa rakannya ini. Terkejut sejauh ini ternyata Inspektor Noora itu bertindak. Cairlah juga taik telinga dia Kai bebel sebab bagitahu yang Inspektor Noora tu pernah mengaku suka Maiq.
YOU ARE READING
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi
Romance[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seoran...