BAM !
Pintu dihempas kasar sebelum dia mencampak beg sandangnya kebawah dengan kasar.
"ARGH!"
Bergema suaranya didalam bilik itu. Kedua tangannya naik bercekak pinggang sebelum dia berjalan mundar-mundir disitu. Dadanya berombak kasar nafas juga sudah tidak berapa menentu.
Dia dalam keadaan marah.
"Sialnya." Gumamnya perlahan dan kukunya digigit. Kelihatan tangannya yang menggigil kecil.
Dia sumpah tak puas hati.
Sepatutnya Jannah yang marah seperti ini bukan dia. Dia mahu wanita itu sakit hati tapi melihat tindak balas wanita itu membuat dia berasap.
Jannah bidas dia balik!
Kata-kata wanita itu terngiang-ngiang dan itu semakin membuat hati dia makin panas.
"Sumpah sial betul." Gumamnya lagi. Tubuhnya dihempas keatas katil dan dia melabuhkan punggungnya disitu.
Maiq pun susah untuk dia mahu merapat. Lelaki itu jelas-jelas tak suka dia. Dan bila tujuan dia kepada isteri lelaki itu wanita itu pula bukan senang mengalah.
Susahlah kerjanya.
Hatinya cuba ditenangkan.
Walau apa pun yang terjadi dia takkan mengaku kalah. Ini baru permulaannya. Banyak lagi masanya.
Akan dia pastikan Maiq jatuh juga ketangannya.
Dia sanggup gunakan cara apapun untuk mendapatkan lelaki itu. Tak kiralah kalau cara kotor pun.
Kalau cara itu yang membuat lelaki itu menjadi miliknya. Dia sanggup.
Ini Noora Hailyn lah. Akan dia goda Maiq habis-habisan.
Wait and see.
Apabila Maiq menurunkan dia daripada ducati tersebut Jannah terus saja mencabut helmet yang dipakainya. Dan kini matanya terkebil-kebil melihat kearah suaminya yang turut menanggalkan helmet tersebut.
Tahu tak lepas jumpa Inspektor Noora tadi dia dah tak berapa tenang. Rasa terganggu.
Tipulah tak terkesan. Ada yang mahukan suami dia kot. Rumah tangganya sedang diganggu.
"Kenapa?" Soal Maiq dan meletakkan helmetnya keatas ducati miliknya. Bukan tidak perasan dengan tingkah isterinya. Jannah sedari tadi tak banyak bercakap dan terus menerus memandangnya.
Jannah yang seakan tersedar itu terus tersenggih sebelum menggeleng kecil tanda takde apa. Maiq mengangkat keningnya kearah isterinya.
Tangannya mengambil helmet daripada isterinya dan hanya diletak keatas ducati miliknya. Sebelum dia bertindak pula meraih tangan kecil itu dan disatukan jari mereka.
Ditarik isterinya supaya mengikuti langkahnya untuk masuk kedalam rumah mereka.
Jannah hanya diam memerhati belakang suaminya. Gatal mulut nak tanya suaminya pasal Noora.
YOU ARE READING
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi
Storie d'amore[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seoran...