Jannah melangkah keluar daripada kereta mewah milik suaminya. Keluar saja senyuman manis diberikan kearah seseorang yang sedang menanti kedatangan mereka.
Mertuanya.
Jannah menutup kembali kereta milik Maiq sebelum terus mengatur langkah mendekati mertuanya yang sedang berdiri dihadapan pintu utama rumah milik keluarga Maiq.
Maiq turut melangkah keluar dan ditangannya membawa beg kecil yang berisi pakaian isterinya. Mama dia yang minta untuk mereka balik sini malam ni. Katanya nak kenal lebih dengan isterinya.
Dia pun ikut jelah. Lepas balik kerja terus bawa Jannah kesini. Dan akan bermalam disini.
Naik kereta je. Naik motor dengan bini dia mahu kena pelangkung mamanya.
Awal-awal lagi wanita itu memesan untuk jangan bawa Jannah naik motor. Kena naik kereta.
Eleh dia selama ni naik motor takde pula bising. Menantu ada baru nak bising.
Kantoilah tak sayang dia hmm.
"Assalamualaikum." Lembut suara Jannah memberi salam. Dan tangan terus disua kearah wanita dihadapannya. Kelihatan senyuman lebar mertuanya itu.
"Walaikumsalam menantu mama." Tangan menantunya disambut dan kelihatan wanita muda itu menunduk mengucup tangannya. Semakin lebar senyumannya.
Angkat saja kembali terus ditarik tubuh kecil itu kedalam pelukannya.
Jannah terkelu kejap sebelum membalas saja pelukkan mertuanya itu.
"Assalamualaikum." Tidak lama suara Maiq pula kedengaran. Dan berjaya meleraikan pelukkan kedua wanita itu. Serantak kedua menoleh kearahnya. Janna berginjak ketepi memberi ruang kepada suaminya.
Puan Haninah menjawab salam anaknya.
Maiq mendekati mamanya sebelum mengucup tangan wanita itu. Puan Haninah menepuk saja bahu anaknya.
Matanya kini bersilih ganti memerhati kedua pasangan itu. Serasinya!
Patut anak dia pilih wanita ini. Bukan main cantik menantunya ini. Untung betul dia.
"Cantik menantu mama ni tau." Ditarik kembali tangan isteri anaknya itu dan tidak teragak-agak tangan naik memicit lembut pipi kemerahan wanita itu.
Comelnya pipi pun.
Jannah tergelak kecil dengan perilaku mertuanya.
Maiq mengecilkan matanya kearah tangan mamanya. Amboi tu dia punya sorang.
"Jom sayang masuk." Dilepaskan pipi menantunya itu sebelum ditarik pula untuk masuk kedalam. Anaknya seakan dilupakan. Diajak masuk pun tidak.
Maiq sudah bercekak pinggang dibelakang diperhati langkah kedua wanita kesayangannya.
Ha bagus!
"Abang menantu kita dah sampai ni." Sampai saja diruang tamu puan Haninah memanggil suaminya. Kelihatan Tuan Muqtar yang sedang santai duduk disofa ruang tamu dan disebelah lelaki itu adanya seorang pemuda.
Maqil adik kepada Maiq.
Jannah terus melemparkan senyuman kearah kedua lelaki itu. Ikut saja dia setiap langkah mertuanya yang mendekati bapa mertuanya serta adik iparnya itu.
Bersyukur kerana kehadirannya diterima seadanya. Dapat mertua yang baik ni satu rezeki yang besar juga tau.
"Assalamualaikum." Sekali lagi Jannah memberi salam. Dan tangannya sudah dilepaskan oleh puan Haninah terus saja Jannah mendekati bapa mertuanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/351896986-288-k245102.jpg)
YOU ARE READING
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi
Romance[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seoran...