MAIQ-JANNAH | 6

32.6K 2K 168
                                    

BAM !

Dihempas pintu sekuat hati sebelum dia berjalan laju kearah katil miliknya. Tidak menunggu lama beg yang dibawanya dicampak sebelum menghempaskan saja tubuhnya ketengah katil itu gaya meniarap.

Satu bantal ditarik dan wajahnya terus disembam kebantal tersebut.

"Argh!" Jeritnya disebalik bantal. Kalau boleh dia nak jerit lebih lagi dari ini. Tapi tak boleh nanti pelangkung dia dengan ibu.

"Benci! Benci! Bencilah! Huwa..." Gumamnya melepaskan geram. Tangan juga menumbuk-numbuk katil disisi kepalanya.

Tunggu halal dulu.

Tunggu halal dulu.

Tunggu halal dulu!!!

"KEPALA OTAK DIA!" Ujar Jannah tanpa sedar. Bibir bawahnya digigit kuat. Nafas juga besar akibat kurang udara kerana ditekan semahunya wajahnya kebantal tersebut.

Kata-kata lelaki itu terngiang-ngiang. Habis dia kena bahan sebelum balik tadi. Tapi lelaki itu tak terkesan pun.

Benci.

Kenapa.

Kenapa detektif Maiq buat dia seperti ini? Kenapa setiap kali dia mahu terima kenyataan lelaki itu tidak suka dia mesti ada je tingkah lelaki itu membatalkan niatnya.

Niat untuk hilangkan perasaan terhadap lelaki itu.

Kalau macam ni lah. Susahlah dia.

Semua sebab detektif Maiq!

Aih.

Jannah tersebik. Satu keluhan berat dilepaskan sebelum dia bangun daripada posisinya itu. Kaki dinaikkan sebelum dilipat. Bantal ditarik kepangkuannya.

Kini matanya terkebil-kebil melihat sekeliling biliknya.

"Ah bongoklah Jannah kau jangan nak berangan lebih." Kepala digeleng perlahan sebelum dia mengalihkan kembali bantal kesininya. Jannah mengesot ketepi turun daripada katilnya.

Taknak ingat.

Taknak ingat!

Meja soleknya didekati dan diperhati dirinya dihadapan cermin. Sekali lagi Jannah mengeluh.

Aih...

Ditarik kerusi kecil dihadapannya sebelum Jannah melabuhkan punggungnya disitu. Kini tangannya lincah mencabut segala peniti ditudungnya dan juga pun. Ditarik perlahan tudungnya begitu juga inner tudungnya.

Rambutnya yang disanggul dilepaskan. Rambutnya hanya paras bawah dada saja.

TING!

TING!

Kepala ditoleh kebelakang lebih tepat kearah begnya yang dicampaknya tadi. Spam dari chat siapa entah. Jannah bangun dari duduknya dan mendekati begnya yang berada dilantai itu.

Iphone miliknya dikeluarkan daripada begnya. Berkerut keningnya melihat notification daripada Elana.

Masuk saja dia kedalam chat rakannya itu terkedu sekajap Jannah dibuatnya.

Bapak banyaknya gambar dia!

Bukan bersendiri melainkan ada dua lelaki ditepinya. Satu ketot satu ais batu.

Detektif Maiq dengan Eidil!

Jannah mengkemam bibirnya. Elana ni sengajakan! Tak payahlah hantar ish!

Suami Elana ni ambil gambar ke buat apa? Bukan main banyak dia ambil tahu tak.

Seketika jarinya membesarkan gambar tersebut. Kini wajah seseorang memenuhi skrin iphone nya.

Sebelah tangan naik kedada.

[C]✓Mrs. Maiq HakimiWhere stories live. Discover now