"Selamat pengantin baru Inspektor Ain." Ucap Jannah lembut sebelum bertindak memeluk Inspektor Ain. Belakang gadis itu ditepuk perlahan.
"Terima kasih doktor. Ain. Panggil Ain saja." Balas Inspektor Ain ramah. Sempat membetulkan panggilan wanita itu terhadapnya. Tangannya mengusap belakang tubuh kecil isteri kepada rakan kerjanya.
"Jannah. Jannah je haha." Dihujung ayat Jannah dan juga Inspektor Ain tergelak. Dan mula meleraikan pelukkan masing-masing.
"Kami balik dulu." Kedengaran suara garau Kai yang meminta diri. Tangan Elana yang baru selasai berpeluk sapa dengan Inspektor Ain itu diraih lembut sebelum digenggam tangan kecil isterinya. Anaknya sudah melentokkan kepala dibahunya.
"Baiklah. Terima kasih sebab dah sudi datang." Lembut suara Inspektor Ain menuturkan itu. Senyuman lebar terhias dibibirnya. Terharu sebab kesemua rakan kerjanya datang ke majlisnya.
Serentak semua menjawab.
Inspektor Ain mula meminta diri kerana masih ramai tetamu yang ingin ditemui. Dan pengantin baru itu melangkah pergi meninggalkan mereka yang lain disitu.
Maiq menarik pinggang isterinya dan memandang rakannya yang lain.
"I have to go. Nice to meet you Jannah and Elana. I hope we meet again." Lembut nada Inspektor Tanisyah mengucapkan itu dan dia bertindak menundukkan kepalanya kearah dua wanita dihadapan.
"Nice to meet you too Tanisyah. Nanti ada masa kita jumpa lagi." Balas Jannah sambil tersenyum manis dihadapan gadis india itu. Cantik dahlah tinggi.
Hmm dia mampu menyamai leher gadis itu saja.
Haha!
Elana turut membalas gadis itu. Senyuman manis turut diberikan.
Seketika kening Jannah terangkat kearah gadis disebelah Tanisyah. Diam saja perempuan itu.
"Inspektor Noora. Ada masa jumpa lagi." Mendengar itu Inspektor Noora memandang tepat kearah Jannah. Saat itu terbit senyuman kekok dibibirnya apabila melihat senyuman lebar wanita muda itu.
Yang sebetulnya isteri kepada Maiq.
Elana hanya memandang sepi gadis itu. Dia jenis malas nak melayan. Jadi dia takkan layan gadis itu lagi dah.
Buang masa.
Jannah dengan Elana menyapa pula Inspektor Farah dan gadis itu malu-malu saja menyapa mereka kembali.
"Jom." Maiq menarik pinggang isterinya meninggalkan rakannya yang lain disitu. Tanpa menyapa Maiq melangkah pergi dan diikuti oleh Kai dan juga Elana. Tidak lupa Inspektor Zeus dengan detektif Ranz Haikal.
Inspektor Noora melihat kepergian mereka semua. Tangan digepal penumbuk.
Benci!
Sampai dibasement.
Jannah melepaskan dirinya daripada Maiq dan mendekati Eidil yang berada dalam gendongan Kai.
"Bye baby." Kepala anak kecil itu Jannah usap lembut. Terus saja Eidil bertindak mengangkat kepalanya daripada bahu babahnya. Dan memandang teruja kearah Jannah.
"Nak." Jannah membulatkan matanya sikit apabila Eidil sudah menyua tangan kearahnya. Dia tergelak kecil sebelum terus mengambil budak kecil itu daripada Kai.
"Cepat jangan nak mengada. Dah malam ni aunty Jannah nak balik dah tu." Tegur Kai terhadap anaknya. Sempat nak meminta diangkat budak ni.
Hye orang tu dah berpunya.
Elana tergeleng saja. Anak siapa entah mengada.
"Muah." Eidil memberikan kucupan dipipi Jannah. Malah menghiraukan saja babahnya. Siap bunyi ciuman budak tu buat.
YOU ARE READING
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi
Romance[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seoran...