Ducati miliknya betul-betul diparking didalam garaj dihadapan sebuah rumah mewah. Helmet yang dipakai mula ditanggalkan dan hanya diletak dihadapannya. Dia melihat sekelilingnya. Rakan-rakan dia juga baru saja sampai turut melangkah keluar daripada kereta masing-masing.
Hanya dia seorang saja yang memakai motor berkuasa tinggi disini.
"Sampai dah?" Seketika mereka disapa oleh tuan rumah tersebut. Maiq memandang seorang lelaki yang sudah datang menghampiri mereka. Malah ada seorang budak lelaki didalam dukungan lelaki tersebut.
Kai Harrieth.
Seperti yang diinginkan. Mereka semua datang selepas dijemput untuk datang kerumah lelaki itu.
"Kai." Kedengaran suara detektif Ranz Haikal menyapa Kai. Maiq mula menanggalkan sarung tangan yang dipakainya sebelum turun daripada ducati miliknya.
Kaki panjangnya dibawa mendekati sahabatnya itu. Kai tersenyum kecil menyapa rakan-rakan kerjanya. Semua ada. Nasib baik masing-masing tiada tugas yang perlu diselasaikan makanya semua dibenarkan balik awal.
Lainlah Kai. Lelaki itu cuti hari ini.
Inspektor Zeus turut mendekati ketiga rakannya itu dan diikuti oleh Inspektor Farah dan juga Inspektor Ain.
"Bro." Sapa Maiq tanpa nada dan tidak teragak-agak tubuh kecil anak sahabatnya diambil daripada dukungan lelaki itu.
"Hye." Bisik Maiq perlahan. Hujung bibir ternaik apabila anak kepada sahabatnya itu mula memeluk lehernya dan senyuman sikecil jelas kelihatan.
"Uncle hensem." Teruja saja suara Eidil. Mereka yang lain sudah tersenyum melihat telatah anak kepada rakan kerja mereka itu.
Kai hanya memerhati tingkah anaknya yang berada dalam dukungan sahabatnya. Senyuman nipis terbit.
Nasib baik datang! Susah juga dia pujuk sahabatnya itu untuk suruh datang sini. Aih hempuk kejap lagi budak ni.
"I have something for you."
Bisik Maiq terhadap budak kecil dan dia berpusing menghadap kembali ducati miliknya. Maiq mendekati ducati tersebut dan terlihat satu paper bag.
Maiq mengambil sebelum diserahkan kepada Eidil. Kelihatan reaksi teruja diwajah budak kecil itu.
"Nanti buka okey?" Kata Maiq lagi. Walaupun begitu tiada senyuman terukir diwajah tampannya. Tangan naik mengusap rambut anak sahabatnya.
Kai tergeleng. Maiq memang. Jumpa Eidil je ada je yang dibawa lelaki itu untuk anaknya.
"Eh dah sampailah." Muncul kelibat Elana dihadapan pintu rumah. Senyuman lebar diberikan kearah rakan-rakan suaminya. Semua mereka menoleh kearah wanita itu.
"Ha'ah." Serentak semua menjawab kecuali Maiq. Lelaki itu hanya memandang kejap kearah Elana.
"Jemputlah masuk." Pelawa Elana. Kedengaran juga suara Kai yang mengarahkan rakan-rakannya untuk masuk kedalam. Dan mereka semua mengangguk.
Tetapi belum sempat masuk kedengaran ada kereta yang baru datang. Lantas kesemua menoleh kearah luar pagar rumah Kai dan Elana.
Kelihatan ada buah kereta yang berhenti disitu.
Tidak lama pemilik kereta tersebut melangkah keluar.
"Qaseh. Salwa."
Elana sudah teruja. Malah terus memakai seliparnya dan berjalan terus mendekati kedua rakannya yang baru sampai.
Boleh pula serentak keduanya sampai ye.
"El!" Jerit Qaseh sebelum berlari anak mendekati Elana. Terus dipeluk rakannya itu. Ala rindu sumpah. Tidak ketinggalan Salwa.
YOU ARE READING
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi
Romance[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seoran...