MAIQ JANNAH | 29

29.9K 1.8K 245
                                    

KLAK !

Pintu kerja terbuka dari luar dah Maiq terus mengangkat kepalanya untuk melihat gerangan siapa yang masuk tanpa mengetuk.

Reaksi wajah terus berubah apabila melihat Inspektor Noora yang melangkah masuk kedalam.

"No don't close." Laju Maiq menghalang apabila gadis itu kembali mahu menutup pintu bilik kerjanya. Bingkas Maiq bangun daripada labuhannya dan mendekati pintu kerjanya.

Melihat itu Inspektor Noora berjalan ketepi memberi ruang kepada Maiq. Dilihat saja tingkah lelaki itu yang bertindak semakin membuka pintu itu luas-luas.

Gigi diketap.

"Kenapa?" Soal Maiq setelah berpuas hati dengan perbuatannya. Langkah berjaga-jaga ye, Benda buruk kadang-kadang tak boleh disangka. Ha sebelum terjadi apa-apa baik siap sedia.

Bak kata pepatah. Sediakan payung sebelum hujan.

Maiq kembali berjalan mendekati meja kerjanya dan dia kembali melabuhkan punggungnya. Tidak mempelawa gadis itu Maiq mengangkat kening kearah Inspektor Noora.

Satu keluhan halus dilepaskan dan Inspektor Noora tanpa dipelawa berjalan mendekati meja kerja Maiq dan melabuhkan punggungnya dihadapan lelaki tersebut.

Dia tak boleh kawal perasaan dia dah.

Bertemu kembali dengan Maiq membuat perasaan dia yang sebelum ini biasa kini menjadi luar biasa. Setiap hari bertemu dengan Maiq disini hati perasaan dia tidak terkawal.

Padahal perasaan dia sebelum bertemu sudah hilang. Bertemu saja kembali dihari pertama dia kerja disini perasaan itu seakan hidup kembali.

Kalau dulu mungkin cinta monyet saja tetapi sekarang? Mereka sudah matang dan...

Perasaan dia semakin serius semanjak bertemu kembali dengan Maiq.

Padahal dia masih baru bertemu kembali dengan lelaki itu tapi perasaan dia semakin lama semakin mendalam.

Penangan seorang Maiq Hakimi.

Percayalah. Maiq adalah seorang lelaki yang dia gila-gilakan sewaktu masih remaja. Lelaki ini saja yang tidak menganggap dia lebih daripada kawan.

Setelah berpisah dulu lama juga makan masa untuk melupakan Maiq. Dan dia berjaya. Hari-harinya tanpa Maiq sampai dia boleh lupakan kewujudan lelaki itu sehinggalah mereka bertemu kembali.

Dan bertemu buat pertama kali setelah bertahun tak berjumpa mengejutkan hatinya.

Buktinya perasaan itu kembali hidup.

Dan rasanya bukan salahnya. Dia dah habis daya cuba menerima kenyataan bahawa Maiq sudah menjadi milik orang. Tetapi tetap saja perasaan tersebut tidak pergi malah semakin hari semakin mendalam.

"I ada benda nak bagitahu you." Wajah tampan dihadapannya ditatap dalam. Kedua tangannya disatukan diatas meja kerja Maiq. Serius saja reaksi wajahnya sekarang.

Kosong reaksi Maiq, Disandarkan belakangnya dikerusi kerjanya dan kedua tangan naik melipat kedada bidangnya.

"Apa?"

"I tahu I mungkin dah salah tapi I dah tak mampu tipu perasaan I lagi. Maiq I suka you." Tidak bertapis lagi Inspektor Noora meluah apa yang tersirat dalam hatinya. Sudah tidak mempedulikan siapa lelaki dihadapannya. Status lelaki tersebut dia sudah tidak kisah.

Asalkan dia luah apa yang dia rasa.

Maiq mengetap rahangnya mendengar pengakuan daripada gadis dihadapannya.

[C]✓Mrs. Maiq HakimiWhere stories live. Discover now