Haruman daripada rambut isterinya dihidu. Wangi. Terpejam mata Maiq dibelakang isterinya menghayati bauan daripada rambut isterinya.
Menenangkan.
Lama Maiq dalam keadaan seperti itu sebelum membuka perlahan kelopak matanya. Tangannya yang memeluk pinggang isterinya semakin menarik wanita itu melekat dengannya.
Kedengaran rengekan kecil Jannah mungkin merasai tidurnya yang diganggu. Maiq menepuk perlahan tepi pinggang isterinya lagak mendodoi tidak mahu wanita itu terbangun.
Sekarang baru pukul 3 tapi dia terbangun. Manakala isterinya kelihatan nyenyak saja. Penat mungkin.
Memanglah penat.
Heh.
Tangannya beralih daripada pinggang isterinya dan bergerak perlahan kehadapan menyatukan dengan tangan isterinya.
Jari mereka menyatu dan mengenggam lembut tangan kecil itu.
Dahinya disandarkan dibelakang kepala Jannah.
Hujung bibir ternaik.
Jannah wanita yang baik, Sudah menjaga dirinya sebaik-baik.
"Terima kasih sebab jaga diri kau selama ni untuk aku." Terlalu perlahan suara Maiq menuturkan itu, Demi dia wanita ini menyerahkan segala-galanya untuk dia. Tak berjanji tapi akan dia hargai wanita ini sepanjang hayatnya.
Dahi dijauhkan apabila Jannah mula bergerak, Malah tautan tangan mereka Maiq leraikan. Tiba-tiba saja tubuh kecil itu bergerak menghadapnya.
Maiq mengetap kuat giginya apabila selimut yang menutupi tubuh putih melepak itu sudah melorot sedikit, Terus saja tangannya menarik selimut tersebut keatas.
Maiq diam memerhati setiap inci wajah jelita isterinya yang hanya berjarak sikit saja darinya. Bebola mata bergerak dari dahi kekening dan menjalar pula kemata isterinya yang masih tertutup. Tangan naik bermain kini dibulu mata isterinya. Tak lebat tapi cantik sebab melentik semula jadi. Berkerut kening cantik itu akibat diganggu olehnya.
Maiq tersenyum.
Dia bertindak menghilangkan jarak wajah mereka dan memberikan kucupan dipipi kemerahan itu. Tak boleh tahan kalau yang ini.
Obsessed?
Maybe yes.
Obsessed dekat pipi isterinya.
Dia selalu ditarik untuk terus menerus melabuhkan bibirnya disitu.
Heh.
Jarak mereka kembali dijauhkan dan mata Maiq kini terhenti dibibir merah isterinya. Turun tangannya bermain disitu. Diusap bawah bibir merah itu.
Cantik.
Jannah cantik sangat.
Dan nampak sempurna dimatanya.
"My perfect wife."
Merasakan sesuatu dibibirnya dan menganggu tidurnya. Jannah membuka perlahan kelopak matanya berkerut keningnya apabila mata sudah disapa dengan wajah tampan seseorang.
Ternaik kening Maiq melihat isterinya yang sudah terbangun itu. Bibir tersenyum senget tangannya masih setia mengusap bibir isterinya.
"Hye." Serak suara garau Maiq menyapa isterinya. Jelas Jannah yang masih mamai, Hanya mata wanita itu menatapnya tanpa berkelip.
Terkelu Jannah apabila mendengar suara suaminya. Saat itu juga sesuatu yang pekat terasa menyerbu seluruh wajahnya.
Gulp!
YOU ARE READING
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi
Storie d'amore[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seoran...