"Duduk Maiq kamu nak pergi mana! Urusan kamu dekat sini tak selasai lagi." Keras nada Tuan Muqtar mengarahkan anaknya yang berura-ura untuk pergi dari situ. Suasana disitu kembali tegang selepas kepergian keluarga menantunya.
Puan Haninah memandang sayu anak sulungnya.
Inspektor Noora yang masih berada disitu hanya mencuri pandang kearah Maiq. Jannah sudah tiada disini semakin senang kerjanya nanti walaupun dia tahu diakan menghadap kemarahan Maiq.
Tapi dia kisah apa?
Ini yang dia inginkan. Membuat kesemua orang-orang dihadapannya mempercayai dia.
Orang tua memang senang dibuat percaya dengan rancangannya. Bohonglah macam manapun kalau pandai dia reka siapa saja tidak percaya?
Dan dia tahu menggunakan keluarga Maiq dan keluarga Jannah membuat rancangan dia dipermudahkan. Maiq dan Jannah takkan boleh buat apa kalau sudah dia berjaya merampas kepercayaan kedua pihak keluarga tersebut.
Lagi-lagi keluarga Jannah.
Maiq mengepal penumbuknya. Dia hilang arah. Dia tidak tahu mahu buat apa sekarang. Otak dia langsung tak berfungsi. Apa yang dia tahu.
Dia inginkan isterinya.
Isterinya yang dibawa pergi oleh keluarga mertuanya.
"Urusan apa? Pa tolonglah percaya. Tu bukan Maiq. Maiq tak pernah sentuh perempuan tu pa!" Berpusing Maiq menghadap papanya. Tidak kurang tajam pandangan dia terhadap orang tuanya itu. Tegang wajah Maiq malah urat hijau timbul ditepi dahi serta lehernya.
Tuan Muqtar terdiam. Dia tidak tahu mahu memberi reaksi apa. Terkejut dan masih tidak menyangka.
Bukti sudah ada didepan mata. Malah banyak benda yang diceritakan oleh perempuan muda dihadapan mereka sebelum kedatangan anak dan menantunya sampaikan berjaya untuk membuat mereka semua percaya yang dalam hal ini Maiq betul-betul bersalah.
Anaknya itu curang.
Berombak dada Maiq.
"Dah sedap buat anak aku mengandung--"
BAM!
Terjerit kecil mereka yang lain apabila Maiq tiba-tiba menendang meja kecil diruang tamu itu. Terbalik akibat ditendang oleh Maiq.
Inspektor Noora sudah menggigil teruk malah lengan bapanya dipeluk erat.
Maiq yang sudah menghadap mereka anak beranak dipandang dengan ketakutan.
Bapa kepada Inspektor Noora walaupun terkejut malah ada rasa takut dengan perbuatan lelaki muda dihadapannya cuba mengawal reaksi wajahnya. Malah ditatap berani wajah bengis lelaki muda dihadapannya.
Sempat dikerling meja yang sudah terbalik akibat ditendang oleh lelaki muda dihadapan mereka.
Puan Haninah menekup mulutnya. Terkejut dengan tindakkan anaknya.
Diam.
Hanya tatapan tajam dilemparkan kearah keluarga tersebut. Kalau diikutkan hatinya mahu diheret Inspektor Noora sebelum disepak terajangnya perempuan itu sekarang.
Sial betul perangai.
"Kahwin dengan anak aku."
Bebola mata Maiq bergerak kearah lelaki tua disebelah Inspektor Noora. Reaksinya kosong tetapi tajam tatapan dia terhadap lelaki tua tersebut yang sudah melontarkan kata-kata itu kearahnya.
"Kalau nak sangat tengok mayat anak kau. Cubalah kahwinkan anak kau dengan aku." Dingin suara Maiq melontarkan itu. Semakin dalam tatapan dia terhadap lelaki tua dihadapannya.
YOU ARE READING
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi
Romance[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seoran...