MAIQ-JANNAH | 9

32.5K 2K 207
                                    

"Saat hatiku tlah percaya
Cinta ini kan selamanya
Tapi mengapa hatimu berubah?
Kau yang berjanji, Ku yang terluka."

"Masih ku ingat kata setia
Kau bilang takkan buatku kecewa
Namun, Kini kau menghilang pergi."

"Tanpa rasa bersalah..."

Jannah masuk kedalam bilik kerjanya sambil bernyanyi kecil. Kepala juga digerakkan kekiri dan kekanan perlahan mengikuti rentak nyanyiannya.

Yang penting apa?

Yakin walaupun sumbang haha!

Meja kerjanya didekati sebelum Jannah mencapai iPhone nya. Seketika menyala saja skrin iPhone nya itu Jannah ternganga kecil. Mata juga membulat kecil.

Banyaknya panggilan dari ibu dia tak angkat.

10 panggilan tak terangkat dari ibu!

Terus Jannah melabuhkan punggungnya, Jarinya sudah menekan-nekan skrin iPhone nya. Tidak lama terus dilekapkan ketelinganya.

Dari pagi dia buat kerja lepastu terus rehat. Telefon dia tinggalkan dekat bilik kerja dia. Tu yang melepas ni.

"Hello. Assalamualaikum ibu. Maaf tadi kerjalah bu. Sekarang baru free kenapa banyak kali call?" Terjawab saja panggilannya terus Jannah bertanya. Suaranya kedengaran sedikit risau. Mana tak risaunya ibu spam call kot.

Takut pula dia ada apa-apa yang jadi.

Tapi mula lega apabila mendengar balasan ibunya dan kedengaran gerakkan kecil daripada wanita itu disebelah talian.

Jannah tersenggih.

"Ibu rindu eh? Sebab tu call. Eleh eleh." Ujar Jannah lebih kepada mengusik wanita kesayangannya itu, Semakin kedengaran gelakkan wanita itu. Amboi suka betul.

"Budak bertuah ni. Ada kekasih hati tak bagitahu pun. Diam-diam eh." Berkerut terus kening Jannah mendengar ujaran tiba-tiba ibunya disebelah talian. Malah pudar sudah sengihannya. Eh? Ibu dia ni bercakap dengan dia ke? Tiba-tiba je.

"Hah?"

"Hah. Hah pula kamu. Tak pernah-pernah pun kenalkan buah hati kamu dekat ibu. Tengok-tengok dah masuk meminang." Mula sudah puan Adlina membebel disebelah talian. Semakin bingung pula Jannah dibuatnya. Apa ni sumpahlah dia tak faham.

"Ibu ni cakap dengan siapa? Dengan Naa ke bu?" Soal Jannah yang jelas tak faham. Kekasih? Buah hati? Apa tu? Meminang uish.

"Budak ni lah geram betullah. Tadi ada orang datang katanya keluarga boyfriend kamu. Datang sini ada hajat. Hajat dia pinang anak dara ibu yang bernama Jannah Adriana." Ujar puan Adlina disebelah talian malah kedengaran teruja saja suara wanita itu. Mana tak terujanya anak dipinang kot hehe.

Tapi geram je dia. Jannah tak bagitahu apa-apa pun.

Jannah sudah terkelu. Terdiam dia sekarang masih memproses kata-kata ibunya.

Dia bingung!

"Anak dara ibu akhirnya nak kahwin dah."

Liur ditelan jantung Jannah mula berdegup laju.

Kejap.

Kahwin?

KAHWIN!

"Ap--apa? Kahwin? Hah?" Tergagap suara Jannah bertanya sekarang. Tidak tahu mahu memberi reaksi apa.

Ya Allah apa ni?

Semakin laju degupan jantung Jannah.

"Yelah sayang. Kekasih hati kamu tadi datang tengah hari pinang kamu. Abah dengan ibu pun setujulah."

[C]✓Mrs. Maiq HakimiWhere stories live. Discover now