Tangan sebelah naik bercekak pinggang dan kaki panjangnya tidak duduk diam. Bergerak mundar-mundir didalam bilik kerjanya.
Hujung kening lebatnya digaru perlahan sesekali juga jam ditangan dilirik.
Dah tengah hari ini!
Tak tenang dah dia sekarang.
KLAK!
Terpusing terus dia menghadap pintu apabila seseorang membuka dari luar. Tiada reaksi daripada wajahnya dan hanya menatap kosong orang dihadapannya.
Kai menutup pintu kerja rakannya sebelum dia menghadap kearah lelaki itu. Kedua tangan terus dilipat kedada bidangnya sempat bebola matanya melirik kosong atas bawah sahabatnya itu.
Sedari tadi dia perasan tingkah Maiq.
Gelisah semacam.
"Aku tahu kau tak okey. Kenapa?" Tanpa nada Kai mula menyoal, Malah kening lebatnya diangkat kearah sahabatnya itu. Dia yakin ada yang menganggu fikiran sahabatnya itu.
Nampak jelas yang Maiq sedari sampai kesini tadi sudah kelihatan kegelisahan diwajah tampan itu. Walaupun lelaki itu berusaha mengawal reaksinya.
Tapi dia kenal Maiq dan dia tahu.
Okey ke tak okey dia tahu.
Rahang diketap apabila mendengar soalan daripada sahabatnya. Ditatap kejap sahabatnya itu sebelum satu keluhan berat dilepaskan. Maiq berjalan kearah kerusi kerjanya sebelum dia melabuhkan punggung disitu.
Dia ingat lepas dia terima untuk berkahwin. Mama dia bagilah dia bernafas sekejap. Ini tak! Selepas dia memberi kata putus dan memberitahu kesemua tentang gadis yang ingin dia kahwini mamanya nekad untuk datang berjumpa keluarga gadis itu pada hari ini.
Hari ini! Baru kemarin dia bincang hari ini mamanya akan datang kerumah keluarga gadis yang dia inginkan.
Tak ke dia gelabah!
Kai hanya memerhati tingkah sahabatnya itu. Kedua tangan diturunkan sebelum dia berjalan mendekati meja kerja sahabatnya.
Kerusi bahagian hadapan Maiq menjadi tempat dia untuk melabuhkan punggung.
"Kenapa ni bro?" Soal Kai lagi. Apa masalah entah yang dihadapi oleh Maiq nampak berat saja dia tengok.
Maiq mengusap perlahan puncak hidungnya mata memandang tepat kearah wajah tampan sahabatnya itu.
Nak bagitahu ke taknak?
"Ak--aku. Aku nak kahwin."
KLAK!
Belum sempat Kai memberikan reaksi tindak balas sekali lagi pintu kerja Maiq dibuka dari luar. Serentak keduanya itu memandang kearah pintu.
"Helo." Muncul kepala detektif Ranz Haikal dipintu dan tidak lama lelaki itu menolak pintu tersebut semakin luas. Maka terlihatlah sekali dengan cina bukit disitu.
Inspektor Zeus.
Kai mengangkat keningnya kearah kedua rakannya sekilas sebelum kembali menoleh kearah Maiq.
Seperti biasa kosong saja reaksi sahabatnya ini.
Spoilerlah mamat dua ekor ni.
"Jom keluar makan weh." Ajak detektif Ranz Haikal. Sekarang sudah waktu rehat. Memang nak ajak Kai dengan Maiq. Datang sini pun sebab nampak Kai masuk sini tadi.
Dia dengan Inspektor Zeus sudah masuk kedalam sempat ditutup pintu bilik rakan mereka itu.
"Aku tak rasa Maiq nak makan sekarang." Ujar Kai selamba dan disandarkan belakangnya dikerusi tersebut. Kedua tangan kembali naik melipat kedada.
YOU ARE READING
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi
Romance[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seoran...