Tangan dimasukkan kedalam poket seluar. Mata memandang kosong seseorang yang sudah melutut dan sedang merayu dihadapan.
"Ma--Maiq. Y--you dah janji be--bebaskan I da--dari segala hu--hukuman." Bergetar suara Inspektor Noora malah lebat air mata gadis itu mengalir dihadapan mereka semua.
Dihadapan rakan-rakan kerjanya.
Tadi pagi ada polis datang kerumah mereka dan membawa kesini atas laporan sudah menganggu rumah tangga orang lain.
Kalau Maiq tak tarik dia akan dipenjarakan selama 3 tahun.
"Aku memang cakap lepaskan kau tapi aku tak berjanji Noora." Bidas Maiq tanpa perasaan. Tidak menghiraukan keadaan Inspektor Noora yang kelihatan rapuh itu.
Dia tak kisah langsung.
Dan takkan pernah kesian.
"Ma--Maiq."
"Rasanya kau dah tahu apa kesalahan kau sebelum dibawa kesinikan?" Bidas Maiq memintas kata-kata Inspektor Noora. Mereka yang lain sudah mula berbisik antara satu sama lain.
"Aku lepaskan kau sebelum ni tapi rasanya kau perlukan hukuman ni Noora. Kau bukan saja fitnah aku. Ganggu rumah tangga aku. Tapi selama ni. Kau dah ganggu mental isteri aku." Semakin dingin suara Maiq malah wajah itu mula tegang. Betapa terkejutnya dia apabila Jannah memberitahu dia tentang ini.
Kerana isterinya yang tidak melatah apabila Inspektor Noora menunjukkan gambar edit mereka hari itu. Makanya dia bertanya kepada wanita itu.
Keluarga mereka saja percaya. Tapi kenapa isterinya tidak?
Ternyata Inspektor Noora sudah lama jujur tentang perasaan terhadapnya kepada isterinya. Malah hari-hari tanpa dia sedari gadis ini mengambil gambarnya dan akan dihantar kepada isterinya.
Gila bukan?
Sempat dia memarahi isterinya kerana tidak memberitahu dia langsung tentang ini selama wanita itu diganggu.
Geram dengan Jannah.
Nasib baik tidak cepat melatah.
Mendengar itu semakin mengongoi Inspektor Noora. Kalau dia masuk penjara. Jawatannya akan ditarik serta merta semestinya dia akan dibuang kerja.
"Sebelum buat kau tak pikir. Kau tak pikir yang Allah tu tak pernah tidur Noora. Hari ini kau cuba hancurkan orang lain dan tanpa kau duga sekelip mata Allah boleh tukar kehancuran yang kau buat akan kena pada diri kau sendiri."
"Sebab itu percaya kepada kifarah. Apa yang kau buat pada orang lain kau akan dapat balik. Hari ini kau nak hancurkan orang lain. Hari lain adalah kehancuran kau pula. Buktinya sekarang ini Noora. Ingatlah lambat atau cepat. Kau takkan pernah terlepas daripada hukuman Allah." Sedikit panjang lebar Kai melontarkan itu. Wajahnya tiada reaksi. Perangai Inspektor Noora seakan dia yang tersakiti sekarang.
Baru tahu nak menyesal? Baru tahu nak menangis merayu seperti ini? Sebelum buat? Tak pikir apa-apa pula.
Bagai disiat hati Inspektor Noora mendengar kata-kata Kai. Semakin meraung dia disitu.
"Jangan sesekali buat dosa kepada manusia. Dosa dengan Allah boleh diampun. Tapi dosa dengan manusia? Hati-hati. Minta maaflah macam manapun sekali kau dah menzalimi seseorang itu apa yang kau pernah buat dekat orang tu. Kau akan dapat." Sambung detektif Ranz Haikal pula. Serius saja wajah tampan itu sekarang malah ditatap kosong Inspektor Noora dihadapan.
Berat.
Berat perbuatan Inspektor Noora kalau hanya dibiarkan terlepas. Hampir berjaya menghancurkan rumah tangga orang lain. Cuba menghancurkan mental seorang wanita yang sedang mengandung. Malah dari perbuatan Inspektor Noora Jannah dimasukkan kedalam hospital.
![](https://img.wattpad.com/cover/351896986-288-k245102.jpg)
YOU ARE READING
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi
Romance[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seoran...