"JANNAH ADRIANA!"
"HAH!" Terbangun mendadak Jannah dibuatnya apabila mendengar jeritan kuat dari luar biliknya. Membulat matanya melihat sekeliling biliknya.
Mak aih!
Nak tercabut jantung dia.
"Berapa kali nak ibu bangunkan ni? Jannah!"
TOK!
TOK!
Jannah sudah terkebil-kebil lantas kepala ditoleh kearah pintu biliknya yang kedengaran diketuk dari luar. Jelas wajah bingungnya sekarang.
Ni kenapa ni? Masih mamai ni.
Dengar suara ibu je yang macam dah marah-marah dari luar.
"Jannah Adriana. Ya Allah bertuah punya budak. Bangunlah nak kerja ke tak ni? Dah pukul berapa dah ni." Mendengar itu laju bebola mata Jannah melihat ketepinya. Seketika matanya terbuntang mulut sedikit ternganga.
Dah pukul 8 lebih!
Allah!
Dia lupa kunci jam semalam! Huwa. Laju selimut yang menutupinya dialihkan sebelum Jannah berlari kearah pintu.
"Ibu..." Rengeknya apabila pintu sudah dibuka dan sudah disapa dengan wanita kesayangannya yang sedang bercekak pinggang dihadapannya sekarang.
"Lupa kunci jamlah ibu... Kenapa ibu tak bangunkan awal-awal." Selamba disalahkan wanita dihadapannya. Malah memek mukanya sekarang seakan mahu menangis pun ada.
Dia dah lambat sumpah dah lambat.
Selalu pukul 7 tau dia gerak.
"Amboi-amboi dia yang tak reti nak bangun-bangun. Dah berapa kali ibu naik bangunkan tau. Dah 3 kali. Kamu jawab je tapi tak bangun-bangun." Bebel puan Adlina terhadap anak daranya. 3 kali dah dia kejutkan anaknya ini menyahut saja tapi tak bangun pula. Baru sekarang nak gelabah.
Berkerut kening Jannah. Bila masa dia jawab? Rasanya dia baru bangun ni.
"Dah bangunkan? Pergilah mandi buat apa dekat sini lagi. Nak kena pelangkung dengan ibu ke sayang?" Kening sebelah diangkat kearah anak daranya itu. Dengan rambut serabainya nasib masih cantik.
Anak siapalah ni cantik betul.
Jannah terus mencebik. Dijeling manja wanita kesayangannya itu sebelum selamba dia berpusing membelakangi ibunya. Nak mandilah!
Lepastu pecut laju-laju nanti. Habislah gaji dia kena potong. Hehe takdelah.
"Cepat mandi lepastu bersiap. Sarapan dulu baru jalan."
"Aye aye captain." Tanpa menoleh kearah ibunya Jannah menjawab. Dia berjalan kehujung bilik ingin mengambil tuala miliknya.
Puan Adlina tergeleng sebelum dia melangkah pergi. Nak tunggu anak daranya itu dibawah saja.
YOU ARE READING
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi
Romance[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seoran...