Satu anggukkan diberikan dan pada saat itu satu pegawai polis mula bertindak mengetuk perlahan pintu rumah tersebut.
Lama mereka menanti untuk pintu dibuka. Malah tangan masing-masing sudah bersedia menjalar kebelakang pinggang. Senjata siap sedia dipegang.
KLAK!
Maiq terus saja maju kedepan dan tidak teragak-agak menarik pistol yang tersedia dibelakangnya sebelum sebelah tangan naik mencengkam kolar baju bahagian hadapan lelaki yang baru saja membuka pintu untuk mereka.
Ditolak masuk kedalam oleh Maiq dengan dia yang sudah mengacukan pistol tepat didahi lelaki tersebut.
Melihat tindakan Maiq yang lain terus melangkah masuk kedalam. Masing-masing mula melihat sekeliling ruangan rumah tersebut.
Maiq menolak tubuh lelaki itu sehinggalah menyandar sepenuhnya didinding. Tegas reaksi wajah Maiq malah semakin ditekan hujung pistol didahi lelaki yang sudah mulai memucat itu.
"Periksa seluruh dalaman ni cepat." Kedengaran suara Kai yang mengarah. Dan kelihatan team mereka yang lain terus saja membuat kerja masing-masing iaitu memeriksa seluruh bilik didalam rumah itu.
Mereka mendapati laporan daripada jiran rumah ini bahawa ada pergaduhan besar yang berlaku didalam rumah ini. Malah kedengaran jelas suara tangisan dan raungan daripada seorang perempuan yang dipercayai sedang dibelasah oleh lelaki yang bergelar suami.
"Tuan." Satu pegawai polis biasa keluar daripada satu bilik. Kelihatan jelas reaksi terkejut daripada gadis muda itu.
Kai terus mengatur langkah memasuki bilik tersebut. Seketika dia terkedu apabila kini mata sudah disapa dengan satu tubuh kecil yang sudah tidak bermaya diatas katil.
Malah wajah itu sudah tidak kelihatan lagi akibat dipenuhi dengan darah.
"Call ambulance. Maiq! Tangkap dia." Mendengar arahan sahabatnya itu Maiq terus saja melarikan pistol dan kembali diletak kebelakangnya. Tanpa balas kesian Maiq melepaskan kasar kolar baju lelaki tersebut sebelum lengan lelaki itu dicengkam kasar dan dipusing.
Kedengaran raungan kesakitan lelaki tersebut apabila anggota dihadapannya melipat tangannya kebelakang. Malah dia sudah terpusing menghadap dinding dan lelaki bertubuh tegap itu menekan kuat tubuh belakangnya sampaikan dia terasa sesak akibat dihimpit
Kedua tangan lelaki itu disatukan sebelum Maiq mengeluarkan gari dibelakangnya. Lincah saja tangannya menggari kedua tangan suspek.
Selasai saja.
Ditendang kasar belakang lutut lelaki tersebut sampaikan terjatuh melutut lelaki itu. Maiq menarik kolar baju bahagian belakang lelaki itu dan diheret sikit sebelum ditolak kasar untuk tertiarap dilantai rumah tersebut.
Raungan kesakitan lelaki tersebut dihiraukan. Malah Maiq bertindak memijak belakang tubuh lelaki itu dengan kasut boot polisnya.
"Gila! Teruk dia bantai isterinya." Ujar Inspektor Zeus sambil tekun melihat wanita yang sudah nyawa-nyawa ikan itu. Teruk. Habis lebam lengan wanita itu sekarang.
Manusia jenis apa lelaki itu?
Tunggulah. Penjara ibarat neraka untuk orang seperti lelaki itu. Mampus kena hukum nanti.
YOU ARE READING
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi
Romance[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seoran...