Maiq membuka pintu kereta milik detektif Ranz Haikal yang dinaikki olehnya untuk kerumah pihak perempuan.
Dia melangkah keluar daripada perut kereta dan mula mengemaskan songkok lalu turun mengemaskan pula sampin yang dipakainya.
Sekarang dia sudah kemas memakai baju melayu berwarna putih. Dipadankan pula dengan sampin berwarna hitam bercorak kecil keemasan. Songkok juga yang berwarna hitam.
Hari ini. Hari akan merubah kehidupannya. Malah tanggungjawabnya semakin besar. Hari terakhir juga menjadi bujang sebelum sebentar lagi statusnya akan berubah.
Pandangan dilemparkan kehadapannya, Lebih tepat kearah halaman rumah dihadapannya yang sudah dipenuhi dengan tetamu-tetamu daripada pihak lelaki mahupun perempuan.
Keluarganya datang lebih awal darinya. Dia baru saja sampai.
"Goodluck bro." Tepukkan dibahunya mengalihkan pandangan Maiq. Senyuman nipis terbit dibibirnya kearah Kai. Lelaki itu elok saja mengendong anaknya. Kai pun baru saja sampai, Lelaki ini mengekori mereka dari belakang saja, Lain kereta. Hanya dia dengan detektif Ranz Haikal dan juga Inspektor Zeus didalam kereta yang sama.
Detektif Ranz Haikal dan juga Inspektor Zeus sudah berdiri disebelah Maiq. Inspektor Zeus menepuk perlahan bahu rakannya itu.
"Jom masuk. Dorang dah tunggu kau tu." Ajak detektif Ranz Haikal, Beberapa tetamu sudah melihat kearah mereka. Mereka menjadi pusat perhatian tetamu sekarang.
Maiq mengangguk sebelum memulakan langkahnya. Dikawal reaksi wajahnya. Tidak dinafikan jantung dia sudah berdegup laju.
Nervous!
Mereka berempat mula melintasi tetamu-tetamu yang berada diluar dan terus mengatur langkah masing-masing kedalam rumah tersebut.
Mula heboh apabila Maiq sudah masuk kedalam rumah itu. Liur ditelan perlahan dan Maiq menundukkan tubuhnya dan terus berjalan kearah tempatnya yang sudah tersedia ditengah-tengah ruang tamu itu.
Semakin berdebar pula dia dibuatnya.
Gila!
Maiq mula melabuhkan punggungnya ditempat yang disediakan untuknya. Dan dihadapannya sudah ada bakal bapa mertuanya.
Maiq bangun sikit untuk bersalaman dengan bakal bapa mertuanya. Lelaki itu hanya menepuk bahunya setelah dia mengangkat kembali kepalanya selepas mengucup tangan tua itu.
Maiq tersenyum sebelum kembali membetulkan duduknya.
Ketiga rakannya juga sudah mengambil tempat dibelakangnya. Maiq sudah menunjukkan kepalanya.
Sekarang hanya menunggu untuk pengantin perempuan turun.
Fuh!
KLAK!
Serentak Jannah dan juga Elana menoleh kearah pintu apabila dibuka dari luar. Terkebil-kebil Jannah kini melihat ibunya yang menyapa pandangan malah wanita itu sudah tersenyum lebar kearahnya.
YOU ARE READING
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi
Romance[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seoran...