MAIQ JANNAH | 38

27.3K 1.7K 124
                                    

"Weh El!" Teruja saja suara Qaseh apabila melihat kelibat Elana dihadapan. Dalam genggaman rakan mereka itu adanya si ketot Eidil disitu.

"Aunty cantik!" Terlepas genggaman Elana terhadap anaknya dan laju saja sikecil berlari kearah rakan-rakannya. Elana bertindak mengecilkan matanya.

Budak ni.

"Hala babyboy!" Laju saja Jannah menjatuhkan lututnya kebawah dan tangan didepa bersedia mahu menyambut anak rakannya itu yang sudah berlari kearahnya.

Terlepas ketawanya apabila Eidil sudah berjaya masuk kedalam pelukannya.

"Aunty cantik..." Gumam Eidil dalam pelukkan Jannah. Erat tangan kecilnya melilit dileher Jannah yang ditutupi dengan tudung.

Habislah tudung Jannah.

Qaseh, Salwa dan juga doktor Diana tersenggih saja melihat tingkah anak kecil itu. Suka betul dengan Jannah budak ni.

Diberikan satu kucupan dipipi Eidil sebelum melepaskan tubuh kecil itu. Jannah tersenyum memerhati Eidil yang berjalan mendekati rakannya yang lain.

"Anak siapalah ni. Culik kang." Ujar Salwa sambil mengusap kepala sikecil. Tersenyum apabila tangannya dikucup sayang oleh Eidil. Sopan tahu tak.

Anak siapa entah.

"Oi mak buyung." Jannah tersenyum mengejek kearah Elana dia bangun daripada cangkungannya tadi.

Elana sudah mencebik.

"Cermin mana cermin?" Tergelak Jannah dengan balasan Elana. Didekati wanita itu sebelum lengan rakannya dipeluk.

Elana tersenyum. Terus tangannya menjalar keperut Jannah yang masih kempis. Dia mengusap perlahan.

"Tahniah Naa." Ucap Elana, Tumpang bahagia dengan rakannya ini. Kai yang bagitahu tu yang dia datang sini. Jumpa rakan-rakannya. Dah lama tak datang sini. Asyik video call saja. Tak puas!

"Tahniah juga Elana ku sayang." Giliran tangan Jannah pula menjalar keperut kempis Elana. Dia mengusap lembut.

"Korang dua berjanji ya? Haha!" Ketawa besar terlepas daripada Salwa setelah melontarkan itu. Tidak dihiraukan mereka dimana sekarang. Geli hati dengan kata-katanya sendiri.

Aduh tak senonoh!

Dengan anak dara macam ni aduh.

"Depan anak aku ye Salwa. Aku pelangkung kau apa tak dapat." Mata Elana terjegil kearah rakannya itu. Apani? Panas pipi dia tahu tak.

"Pekakkan telinga butakan mata. Orang single memang macam tu kerjanya asyik nak mengusik orang. Biasalah tengah sendu kan?" Mendengar bidasan Jannah berubah terus reaksi wajah Salwa.

Eh melebih dah ni!

Jannah tersenyum mengejek kearah Salwa. Dari tadi usik dia tahu tak.

Tergelak Elana mendengar kata-kata Jannah.

"Lebih-lebih pula minah ni." Bidas Salwa kembali sebelum dia menjeling manja rakannya itu. Tangan Eidil digenggam lembut lalu ditarik supaya mengikutinya.

"Jom makan baby boy." Ajaknya kepada sikecil. Tertunduk Salwa memandang ketot dibawahnya. Kelihatan sudah reaksi teruja daripada Eidil.

Baru otw ke kantin datang pula Elana ni. Tahu timing dua beranak ni ye.

"Jom." Jannah menarik Elana supaya mengikuti langkah Salwa dengan Eidil dan Qaseh pula memeluk lengan doktor Diana sebelum mereka mengekori langkah yang lain.

"Oh tak jadi comeback lah ni ye El?" Soal Qaseh apabila mereka semua sudah melabuhkan punggung disalah satu meja dalam kantin hospital itu. Makanan juga sudah terhidang dihadapan.

[C]✓Mrs. Maiq HakimiWhere stories live. Discover now