MAIQ JANNAH | 52

28.1K 2K 255
                                    

"Nira!"

Nira yang sedang menggendong anaknya menoleh ketepi. Jelas sembap wajah wanita muda itu. Lantas dia bangun apabila melihat birasnya yang sedang berlari kearahnya.

"Mana isteri aku? Macam mana Jannah?" Kalut Maiq bertanya apabila sudah sampai dihadapan birasnya. Jantung usah ditanya laju berdegup. Nafasnya sedikit tercungap kerana berlari.

"Doktor belum keluar lagi." Lembut suara Nira menjawab. Dia sedari tadi tidak tenang. Sudahlah sorang dirinya dengan anak dia saja. Jirannya terpaksa meminta diri pergi dulu kerana ada urusan.

Dah berapa minit dia disini menunggu tetapi doktor yang merawat Jannah masih belum keluar.

Hanya Allah saja yang tahu betapa takutnya dia sekarang. Panas betul badan Jannah sewaktu dibawa kehospital tadi.

Maiq mengetap kuat rahangnya. Lantas dia menoleh kearah pintu kecemasan dimana isterinya berada. Rambut disebak kebelakang dan dicengkam sedikit kuat.

Tidak lama datang ahli keluarga mereka. Puan Adlina sudah menangis. Maiq masih mundar-mundir disitu.

"Tak tadi waktu nak bagi makan dia tolak. Katanya nak tidur kejap nanti dia makan. Nira minta maaf sebab lalai. Nira tak perasan pun Jannah waktu tu tengah demam. Masa dia minta tidur sekejap tu Nira keluarlah. Maafkan Nira. Sejam Nira tinggalkan Jannah ingat nak bagi dia cukup tidur. Lepastu Nira masuk balik. Tengok Jannah dah tak sedarkan diri. Maafkan Nira ibu. Abah." Sedikit panjang lebar Nira menerangkan dan air mata wanita itu mengalir lagi. Sungguh dia rasa serba salah kerana lalai menjaga iparnya.

Dia tidak tahu langsung wanita itu demam. Padahal tengok dari wajah Jannah yang sudah memerah tadi sebelum kejadian.

Dia takkan maafkan diri dia kalau ada apa-apa jadi dengan Jannah. Dengan baby juga.

Sesak nafas Maiq mendengar itu. Tegang kini reaksi wajahnya. Sesungguhnya sakit dada dia sekarang.

Dia risau gila dekat Jannah dekat anaknya.

Ya Allah.

Tiba-tiba puan Adlina bangun dan meluruh kearah anak sulungnya yang hanya mampu mendiam diri dan tertunduk dihadapan.

Ditolak tubuh tegap itu.

"Puas hati? Puas hati ke Adlan Jaiyan? Ini yang kamu nakkan?"

"Inikan yang kamu nak abang?" Sambungnya lagi dan menoleh kearah suaminya pula. Semakin lebat air mata wanita tua itu. Jelas kekecewaan diwajah puan Adlina.

"Dah berapa kali Ibu pesan. Emosi ibu mengandung ni tak boleh bawa main tapi apa kamu buat? Kamu tak dengar. Kamu kurung budak tu dalam bilik. Dahtu sekarang? Apa yang kamu dapat? APA!" Bergema suara Puan Adlina disitu. Tidak menghiraukan mereka dimana. Puan Haninah yang turut berada disitu lantas mendapatkan besannya. Ditenangkan wanita itu.

Memerah wajah Adlan menahan rasa. Sumpah dia tidak tahu mahu buat apa sekarang. Dia serba salah.

Macam mana kalau ada apa-apa terjadi dekat adik dia?

Tuan Jashian turut terdiam. Sedar salah dia. Sedar dia sudah bertindak melulu sampaikan anaknya masuk hospital seperti ini.

Maiq mengerutkan kening mendengar kata-kata mertuanya.

Rasanya dia tak silap dengarkan?

"Kurung?" Soalnya tak faham dan memandang tepat keluarga mertuanya. Apa yang kurung? Jannah ke?

Adlan mengetap rahangnya mendengar soalan adik iparnya. Semakin sempit dada dia rasakan.

"Ma--maafkan abah Maiq."

[C]✓Mrs. Maiq HakimiWhere stories live. Discover now