Maiq begitu juga Jannah menayangkan riak tanda tanya apabila melihat ada beberapa buah kereta terparking digaraj rumah keluarga Maiq. Lagi mengejutkan kereta keluarga milik Jannah turut ada.
Kiranya keluarga Jannah turut ada disinilah?
Maiq menarik isterinya menuju kepintu utama. Mereka berdua terpaksa mengambil emergency leave sebab puan Haninah minta untuk mereka berdua datang kerumah ini sekarang.
Ditanya kenapa.
Wanita itu mengatakan nanti tahu kalau dah sampai.
Tiba-tiba saja.
Sebelum kesini sempatlah dia singgah ambil Jannah. Nasib mereka berdua dapat kebenaran untuk mc.
Maiq mencangkung dan seperti biasa membuka kasut yang dipakai isterinya. Selasai saja dia kembali berdiri dan kasutnya pula yang dibuka. Tangan kecil itu ditarik supaya masuk kedalam.
Pintu sudah sedia terbuka.
Dari jauh memang kedengaran bunyi bising daripada orang-orang diruang tamu mungkin.
Nampak gaya ramai tu.
"Assalamualaikum." Jannah memberi salam apabila mereka sudah berada diruang tamu. Terkejut apabila melihat ada beberapa orang disitu. Ada keluarga Jannah dan...
Terkedu kedua pasangan itu apabila mata disapa dengan kelibat seseorang. Jannah terdiam dan mata tidak lepas memerhati kelibat dihadapannya.
Manakala Maiq sudah berubah riak wajahnya. Tegang.
Tajam kini tatapan dia terhadap orang dihadapan keluarga dan keluarga mertuanya.
"Walaikumsalam. Dah sampai dah. Sini duduk dulu." Kedengaran suara Puan Haninah yang mempelawa suami isteri itu untuk duduk. Ada senyuman nipis terhias dibibir wanita tua itu.
Tatapan sayu diberikan kepada menantunya.
Maiq mengerutkan keningnya sempat dia mencuri pandang kearah dua orang tua yang tidak dikenalinya dan duduk disebelah Inspektor Noora.
Ya Inspektor Noora berada dihadapan meraka sekarang. Malah wajah jelita itu seakan sembap. Memerah seperti baru habis menangis teruk.
Dah kenapa?
Sebelum duduk Maiq dengan Jannah sempat berpandangan. Nak salam orang tua mereka macam dah tak mampu. Jujur keadaan sekarang seakan tegang saja.
Lagi-lagi raut wajah mertua dan abang ipar Maiq. Abang Jannah turut berada disitu. Papanya tidak kurang. Tegang reaksi wajah tua itu.
"Duduk Maiq." Dingin suara Tuan Muqtar mengarahkan anaknya itu. Tidak memandang pun kearah anak lelakinya itu. Duduknya tegak dan memandang kosong keadaan dihadapannya.
Jannah menelan perlahan liurnya. Kenapa dia dah rasa tak sedap hati sekarang? Lagi-lagi Inspektor Noora? Kenapa?
Perempuan itu buat apa dekat sini?
Sumpah dia terkejut sangat.
Maiq mengetap giginya kuat. Pandangan dia semakin tajam dan reaksi wajahnya sekarang semakin tegang. Ditarik isterinya untuk melabuhkan punggung disalah satu sofa yang masih kosong disitu.
Dibantu isterinya untuk duduk sebelum dia turut melabuhkan punggungnya disitu. Keadaan sunyi seketika sebelum Tuan Muqtar bertindak mengambil satu sampul surat diatas meja.
Maiq dan Jannah yang tidak memahami itu hanya melihat saja tingkah lelaki tua tersebut.
Inspektor Noora pun sama. Dalam diam jantung dia terasa mahu meletop saja. Kalau saja kedua orang tuanya tiada mungkin dia sudah pengsan akibat ketakutan sekarang.
YOU ARE READING
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi
Romans[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seoran...