Mengiring kekiri sudah mengiring kekanan juga sudah menelentang pun sudah tinggal meniarap saja belum. Satu keluhan berat Jannah lepaskan. Dengan bersusah payah dia bangun menyandar dikepala katil.
Dah tengah malam tapi dia tak boleh tidur. Sakit belakang pinggang dia. Dari tadi dia tak jumpa posisi aman dia.
Tangan menjalar keperut sendiri sebelum dia mengusap perlahan. Kepala ditunduk kearah perutnya.
Sakit kepala dia hanya Allah saja yang tahu. Berat dia rasakan akibat memikirkan banyak sangat benda. Banyak menangis rehat kurang.
Mata dia sekarang pun dah berat. Tapi nak buat macam mana nak tidur pun dia tak boleh.
"Baby nak papa ke?" Lemah saja suara Jannah bercakap. Sesekali kening berkerut menahan denyutan dikepalanya. Boleh rasa bahang seluruh badan dia panas.
Terbit satu senyuman kecil apabila merasakan satu tandangan diperutnya. Tindak balas anaknya terhadap soalannya.
"Mama pun nak papa." Ujarnya lagi dengan bibir mula tersebik. Waktu begini kalau dia susah tidur Maiq pun bangun dan berusaha mencari keselesaan dia. Selalu lelaki itu berjaya saja.
Dia?
Sedari tadi mencuba tetap gagal. Dia tak boleh tidur.
"Nak jumpa papa juga." Semakin lemah suara Jannah. Malah wajah cantik itu semakin berkerut seakan menahan sakit. Tiba-tiba kepala dia terasa memberat. Sakit...
Tubuh pun terasa lemah saja.
Dia demam.
Panas dalaman badan dia rasa.
Haih.
Kepala disandarkan dikepala katil dan Jannah menutup kelopak matanya.
Gambar-gambar Maiq dengan Inspektor Noora terngiang-ngiang dikepala. Entah kenapa melihat gambar itu bukan satu kekecewaan yang datang.
Tapi satu perasaan lain yang hadir.
Perasaan mengatakan suaminya difitnah. Selama menjadi isteri kepada Maiq. Dari awal sampai sekarang tiada perubahan disikap suaminya. Tiada satupun yang membuat dia meragukan lelaki itu. Pagi kerja. Malam luangkan masa bersamanya. Melepak dengan kawan pun Maiq jarang. Ada sesekali melepak tapi sangat jarang.
Itupun dengan dorang Kai.
Selebihnya memang Maiq melekat dirumah saja.
Jadi bila masa lelaki itu boleh bersama dengan Inspektor Noora kalau boleh 24 jam lelaki itu ada dengannya?
Lagi-lagi perangai Inspektor Noora yang berusaha mahu memancing emosinya lagilah dia percaya yang Maiq kena fitnah.
Inspektor Noora perempuan yang jahat. Boleh melakukan apa-apa saja contohnya sekarang yang berani memfitnah Maiq.
Kalau hadap dia saja takpe. Dia takkan percayakan sesiapa. Dia percayakan suaminya.
Tapi yang menyakitkannya sekarang. Keluarga dia berjaya dihasut oleh Inspektor Noora malah mahu memisahkan dia dengan suaminya.
Semua sebab perempuan itu.
"Abang..." Terasa sesuatu mengalir daripada hujung matanya. Bergetar kini bibir Jannah. Tidak tahu mahu buat apa lagi. Mahu melawan keluarganya dia tidak mampu.
Maiq pula dia tidak tahu apa yang lelaki itu lakukan sekarang. Masalah ini dah jadi apa.
Maiq kahwin ke dengan Inspektor Noora nanti?
"Kalau abang kahwin lain. Naa merajuk dengan abang. Abang tak boleh kahwin dengan orang lain." Gumamnya sendiri lagi. Dia berharap sangat-sangat Maiq boleh lawan masalah ni. Boleh bela diri sendiri.
YOU ARE READING
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi
Romance[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seoran...