"Daddy dengan Mummy kena tolong Noora. Buat Maiq kahwin dengan Noora please." terdesak saja suara Inspektor Noora dihadapan kedua orang tuanya. Malah raut wajahnya seakan mahu menangis saja.
Sewaktu Maiq meninggalkan mereka keluarga lelaki itu meminta untuk mereka pulang dulu. Bagi peluang sekejap dekat Maiq. Apa-apa nanti keluarga Maiq hubungi mereka.
Dia pula yang naik gila sekarang. Macam mana kalau Maiq taknak juga kahwin dengan dia?
Naik mengurut dahi sendiri melihat perangai anaknya sendiri. Masih terkejut dengan apa yang terjadi. Lagi terkejut apabila lelaki yang mengandungkan anaknya adalah suami orang.
Tengah mengandung pula tu isteri lelaki tersebut.
Kenapalah tergamak melakukan kesalahan seperti ini. Dan anak dia pun satu.
"Sakit otak daddy dengan kamu Noora. Kamu tu polis tahu tak apa hukum kamu kacau rumah tangga orang? Kamu tahu dia tu ada isteri kamu jalin juga hubungan dengan dia kenapa? Takkan kamu tak tahu pula dia ada isteri?" Marah Tuan Nooh terhadap anaknya. Dipandang dengan kecewa anak yang dia gagal didik. Noora bukan muda lagi kenapa berakhir seperti ini kehidupan anaknya?
Bibir dikemam dan bebola mata bergerak kekiri kanan. Liur ditelan perlahan mendengar lontaran daddynya.
"No--Noora tak tahu dia ada isteri daddy." Tergagap sikit Inspektor Noora menjawab. Memang matilah dia kalau diketahui oleh daddy hal sebenar.
"Ya Allah Noora..." Kedengaran kecewa suara mummya pula. Melemah bahu wanita tua itu memandang anak sendiri dihadapan.
"Kamu pun satu Noora. Kenapa boleh percaya lelaki sampai mengandung kamu Noora. Tahu tak betapa kecewanya daddy sekarang?" Ujar Tuan Nooh lagi. Semakin sakit kepala dia anak dia buat. Sampai begitu anaknya diperbodohkan oleh lelaki tak guna itu. Dah sedap mengandungkan anaknya buat pula perangai.
Inspektor Noora terdiam sekajap. Dia tak mengandung pun. Sebab geram dengan Jannah yang tidak reti masuk perangkap walaupun dah buat gambar edit dia dengan Maiq makanya dia terlepas cakap. Dan membuat keadaan semakin teruk lagi.
Sekarang semua orang percaya yang dia sedang mengandung. Tapi dia tak kisah semua tu. Apa yang dia tahu.
Maiq kena juga kahwin dengannya.
Inspektor Noora menjatuhkan lututnya sebelum merangkak kearah daddynya yang sedang duduk disofa ruang tamu. Dipaut lutut daddynya dan mendonggak meraih simpati lelaki tua itu.
"Tolong daddy. Tolong Noora. Kahwinkan Maiq de--dengan Noora daddy." Rayunya perlahan dan air mata mula mengalir membasahi pipinya. Kelihatan rapuh dihadapan kedua orang tuanya itulah yang dilakukan oleh Inspektor Noora.
Satu keluhan berat Tuan Nooh lepaskan. Ditatap anaknya sendiri. Sebesar apa pun salah anaknya. Anak inilah satu-satunya dia ada.
Siapa saja yang menyakiti anaknya akan berhadapan dengannya.
Dan akan dia pastikan. Lelaki yang sudah menghancurkan kehidupan anaknya ini akan bertanggungjawab.
"Daddy ada. Tahulah daddy nak buat apa."
YOU ARE READING
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi
Romance[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seoran...