Satu persatu mereka melangkah keluar daripada bilik meeting itu. Dan masing-masing sudah berjalan untuk kembali ketempat mereka.
Maiq dengan Kai dan juga Inspektor Zeus bersama detektif Ranz Haikal beriringan.
"Maiq! Kai!" Terhenti langkah ketiga lelaki itu sebelum memalingkan kepala menoleh kebelakang. Maiq mahupun Kai keduanya hanya menayangkan reaksi kosong tetapi jelas keduanya tertanya-tanya.
Manakala detektif Ranz Haikal dan juga Inspektor Zeus sudah saling bertolakkan sesama sendiri. Keduanya tersenggih.
Mata memandang teruja seorang perempuan bertudung dihadapan.
Inspektor Noora Hailyn. Yang baru saja di transfer kesini. 5 pegawai yang berjaya ditukarkan kesini dan tiga lelaki dua perempuan. Satu perempuan orang melayu manakala yang satu india.
Maiq dan Kai berpandangan sebelum kedua menoleh kedepan semula.
"Korang tak ingat I ke?" Berkerut kening terus Maiq mahupun Kai. Dan kelihatan gadis itu yang sudah berjalan mendekati mereka berdua.
Tegang terus reaksi Kai. Manakala Maiq kekal kosong.
"Noora. Noora Hailyn satu kelas dengan you guys waktu tingkatan 5 remember?" Teruja saja suara gadis tersebut. Dia berhenti dihadapan kedua lelaki itu. Gila! Muka keduanya tak berubah pun cumanya sudah matang.
Tersenyum manis dia.
Lama keduanya terdiam sebelum Kai mengangguk kecil. Okey dah ingat. Kai menoleh kesisi lebih tepat kearah Maiq. Kelihatan sahabatnya itu yang masih dengan reaksi kosongnya. Seakan tidak terkesan saja lelaki itu.
Maiq mengalihkan pandangannya kearah lain sebelum tangan naik menganggaru hujung keningnya.
Setelah berapa minit cuba mengingati akhirnya dia berjaya. Kenalan lama rupanya.
Asal muka lain sikit?
"Oh." Jawab Kai tanpa nada. Sumpah dia hampir lupa tapi bila ingat-ingat baru teringat. Jujur dia katakan muka perempuan dihadapannya sedikit berubah tu tak berapa nak ingat.
Lagipun benda dah lama memang lupalah.
Melihat reaksi keduanya yang seakan kekok Inspektor Noora tersenyum lebar saja. Dia teruja jumpa kawan lama ni.
Yang sebetulnya.
Crush dia.
Lagi-lagi Maiq hehe.
"I ingat takkan pernah jumpa you guys lagi. Serius I terkejut tadi. Lama sangat dah tak berjumpa. Mesti dah ada kekasih kan korang?" Masih cuba mengajak keduanya itu bercakap walaupun terang lagi bersulu seakan tidak berminat.
But nevermind.
Mungkin sebab malu dengan dia?
Harapnya takdelah kekasih haha! Dia pun belum ada sesiapa ni. Teruja betul dia. Berjumpa dengan mereka ini terasa bersinar-sinar kembali kehidupan dia yang sedikit sendu ni.
Siapa saja tidak bahagia jumpa kawa lamakan?
"Eh cik kak. Bukan setakat kekasih. Abe Kai dah ada anak satu, Umur pun dah 3 tahun. Dan abe Maiq? Alhamdulillah member pengantin baru." Sampuk Inspektor Zeus dengan sengihan tak bersalahnya. Bukan apa kenapa dia rasa lain eh?
Hahah!
Pudar terus senyuman dibibir Noora. Terus dicari anak mata seseorang dihadapannya tetapi jelas gerangan tersebut memandang kearah lain.
Da--dah kahwin?
Pengantin baru? Dah ada anak?
Gulp.
YOU ARE READING
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi
Storie d'amore[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seoran...