Air mata yang sedari tadi mengalir dikesat perlahan. Boleh rasa mata dia bengkak akibat banyak sangat menangis. Wajahnya jelas sembap.
Jannah memerhati sekeliling biliknya. Dah hampir 30 minit dia dalam bilik ini menangis setelah kejadian tadi. Air mata diseka sampai betul-betul tiada yang tersisa. Hingus disedut perlahan.
Jannah bangun daripada duduk dibirai katil. Dia nak balik rumah dia dengan Maiq. Lantak kalau abang atau abah dia marah.
Ini urusan rumah tangga dia biar dia saja yang hadap. Bukan abahnya bukan abangnya.
Jannah mencapai begnya yang dia campak tadi dibawa lantai. Bersusah payah dia mengambil beg tersebut. Bawah perutnya disentuh.
Entah apa yang terjadi dekat Maiq sekarang.
Haih.
Dia tak boleh tenang langsung.
Berjaya mengambil begnya Jannah berjalan perlahan kearah pintu biliknya. Tangan mula memulas. Sesaat kening dia berkerut apabila tidak boleh membuka pintu tersebut.
Jannah kalut. Tangan memaksa memulas beberapa kali tombol pintu tersebut tetapi tetap saja tidak boleh.
"No. No!" Jannah yang gelabah sudah memukul pintu itu berkali-kali. Malah suaranya memanggil nama keluarganya satu persatu mula kedengaran.
Ya Allah.
Jangan cakap dia dikunci dari luar.
"Ibu!"
Teriak Jannah dari dalam dan tangan kembali cuba memulas tombol pintu tersebut. Tetap sama terkunci.
"Abah! Abah jangan buat Naa macam ni! Buka pintu ni abah!" Bergetar kini suara Jannah merayu kepada orang tuanya. Tak semana-mana mata kembali kabur. Malah sudah mengalir membasahi pipinya.
"ABANG! BUKA PINTU NI LAH! KENAPA BUAT NAA MACAM NI! BUKA ABANG!" Semakin kuat jeritan Jannah. Dia sudah teresak. Sampai hati buat dia macam ni. Kenapa sampai seperti ini keluarganya buat dekat dia.
Manakala dibawa Tuan Jashian hanya mendiamkan diri begitu Adlan. Bukan mereka tidak dengar suara Jannah yang menjerit diatas.
Puan Adlina sudah tergeleng air mata diseka. Puas dia menghalang tetapi kedua beranak dihadapannya mengabaikan.
"Naa tu mengandung janganlah buat dia macam ni. Jangan kurung macam tu. Emosi mengandung ni bahaya tahu tak abang. Kalau jadi apa-apa dekat Naa macam mana?" Entah kali keberapa sudah ayat ini dia ulang tetapi tetap saja sama pendirian kedua beranak dihadapannya. Hancur juga hati dia sebagai ibu melihat anak keduanya itu.
Sudahlah tengah mengandung. Dapat pula masalah seperti ini.
"Biarlah dia. Kalau dibiarkan mahu apa lagi anak kamu tu hadap. Nak biarkan dia pergi dekat suami dia tu makin teruk dari ini. Perempuan tu dah mengandung mestilah suami dia tu kena bertanggungjawab. Anak kamu tengok nanti tak ke merana? Kejam memang kejam tapi ini demi kebaikkan dia juga." Bidas Tuan Jashian membidas isterinya. Dijeling kecil isterinya yang membentak perbuatan mereka sedari tadi.
Dia tak buat sampai seperti ini kalau bukan demi kebaikkan Jannah. Memang mereka sudah melampaui batas kerana masuk campur dalam masalah rumah tangga anaknya.
Tapi kalau dibiarkan tak ke kesian anaknya? Dicurangi oleh suami sewaktu mengandung seperti itu malah perempuan itupun sudah mengandung.
Kalau begitu mestilah Maiq kena bertanggungjawab kan? Perasaan anak dia macam mana nanti kalau melihat perkahwinan suami sendiri dengan perempuan lain.
Selagi dia masih hidup memang dia takkan biarkan sesiapa menyakiti anaknya. Dan dia akan halang menantunya itu bertemu anaknya demi kebaikkan Jannah.
Entah apa lagi yang diperbodohkan oleh menantunya itu terhadap anaknya.
YOU ARE READING
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi
Romance[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seoran...