Merasakan agak lama mereka berdua hanya mendiamkan diri dalam berhadapan sesama sendiri. Jannah mengkemam bibirnya rapat dan dengan berani kembali mendonggak untuk mencari anak mata lelaki dihadapannya.
Nak tersekat nafas dah ni! Tapi kalau tak buat tindakkan boleh pengsan kejap lagi tau.
Belum sempat dia membuka mulut untuk memulakan bicara Jannah terkedu apabila mendapat jelingan daripada lelaki itu. Dan Maiq kembali meneruskan langkahnya dengan melintasi gadis itu saja.
Terkaku kini Jannah melihat kehadapannya. Masih memproses tingkah selamba lelaki itu terhadapnya. Berkerut kening cantik itu menahan rasa.
Gila!
Jannah berdeham kecil. Dah tahu dah haha. Lelaki tu memang tak suka dia pun. Berlagak tenang dan tidak pun menoleh kearah lelaki itu dibelakang Jannah menekan loceng rumah rakannya.
Tipulah tak terasa. Tapi macamlah dia tak biasa. Dia jumpa Maiq tanpa sengaja pun dibuat tak kenal.
But nevermind.
Manakala dibelakang. Kepala ditoleh kembali kearah gadis itu. Kelihatan Jannah yang masih setia menanti orang dari dalam menyambut. Bebola mata hanya memerhati belakang gadis itu.
Stupid Maiq.
"Jannah!" Tidak lama kemudian muncul kelibat Elana. Teruja saja wanita itu melihat rakannya. Manakala Jannah sudah tersenyum lebar.
Keluar pun!
"Nah aku mampu ni je." Jannah terus saja menyerahkan bucket yang dipenuhi dengan pelbagai buah itu kearah Elana. Mengecil terus mata Elana kearah benda yang dibawa oleh Jannah.
"Susah-susah jelah kau ni Naa." Walaupun begitu diambil juga bucket tersebut daripada tangan rakannya. Jannah tersenggih.
Manada susah.
"Jom masuk yang lain dah ada dekat dalam. Tahniahlah tetamu paling terakhir sampai." Pelawa Elana kearah rakannya sempat dihujung ayat mengusik rakannya itu. Tergelak Jannah mendengarnya.
Kasut mula dibuka bersedia untuk masuk kedalam. Mata Elana tertumpuh pula kearah belakang mereka. Lebih tepat kearah Maiq yang sedang membelakangi mereka.
"Maiq!"
Jannah terdiam. Tidak menoleh tetapi hanya menatap Elana dengan matanya yang terkebil-kebil. Dah kenapa Elana ni panggil pula!
Maiq menoleh kebelakang kembali kening diangkat kearah isteri sahabatnya. Sempat diperhati gadis ditepi wanita itu yang tidak langsung menoleh kearahnya.
"Ye?"
"Cepat masuk balik ye." Kata Elana. Lelaki itu meminta izin katanya ada benda yang mahu dia ambil. Barang apa tah.
Maiq sekadar tersenyum nipis sebelum memberikan anggukkan kearah wanita itu. Elana turut tersenyum dan sudah mula menarik tangan Jannah untuk dibawa masuk kedalam.
Maiq memerhati kepergian Wanita itu dengan Jannah. Hilang saja satu keluhan berat dilepaskan.
YOU ARE READING
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi
Romance[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seoran...