MAIQ JANNAH | 18

36K 2K 208
                                    

Maiq menutup kembali pintu bilik kerjanya dan pusing saja kening terangkat apabila melihat kesemua rakannya sudah memandang kearahnya.

Elok saja semua melepak dimeja kerja salah satu rakan mereka disitu. Dan Kai pun turut ada, Berdiri saja sahabatnya disitu.

Kedua tangan dimasukkan kedalam poket seluarnya sebelum Maiq berjalan mendekati kesemua rakannya itu.

"Korang tengok korang tengok. Pengantin baru kita berseri-seri kan?" Maiq terus menatap kosong cina bukit dihadapannya malah kata-kata yang meluncur keluar daripada cina bukit tersebut dihiraukan. Seakan tidak terkesan dengannya sekarang.

Maiq berdiri disebelah Kai.

"Mestilah berseri, Kan dah ada peneman hidup. Kau apa tau?" Bidas detektif Ranz Haikal terhadap Inspektor Zeus. Elok saja dia melabuhkan punggung dimeja kerja rakannya. Reaksi mengejek ditayang kearah Inspektor Zeus.

Bibir mencebik apabila dibidas begitu oleh detektif Ranz Haikal. Sibuk je jantan ni tau.

"Kau apa tau konon. Dahtu kau tu tahu sangat ke? Eh hello bang sedar diri kau tu dah tua tapi tak kahwin lagi. Cakap orang konon." Tidak mahu mengalah Inspektor Zeus kembali membidas rakannya itu. Dijeling terus wajah tampan rakannya itu.

Tak sedar diri terpaling tahu lah konon.

Terjegil mata detektif Ranz Haikal kearah Inspektor Zeus. Amboi main kasar nampak.

"Lah bro? Engkau tu muda sangat ke? Kita seumur je tau bangsat. Jangan nak mengata aku sangat macam kau tu dah kahwin. Cina bukit sesat ni."

"Dua-dua bodoh." Tanpa sedar Maiq menggumam, Kosong tatapannya terhadap kedua rakannya yang khusyuk berlawan mulut dihadapan. Beria bergaduh dengan benda yang dua-dua takde.

Pastu berlawan taknak kalah pun sekor-sekor.

Serentak detektif Ranz Haikal dan juga Inspektor Zeus menoleh kearah Maiq. Tajam pandangan kedua lelaki itu terhadap Maiq.

Maiq hanya menayangkan reaksi bersahajanya.

"Ha yelah bodohlah. Mentang dah kahwin berlagak dah. Berlagaklah berlagak. Kau ambillah dunia ni, Kami yang belum kahwin ni keluar bumi jelah." Bidas Inspektor Zeus tak puas hati. Dijeling tajam wajah tampan rakannya itu. Sudahlah buat muka tanpa riak. Ada dia tumbuk kejap lagi.

Sakit heart nya sekarang.

Kai mengawal reaksi wajahnya. Rahang diketap. Kenapalah budak berdua ni? Tak buat hal sehari tak boleh ke?

"Kejap. Baru aku perasan sesuatu." Inspektor Zeus menoleh kearah detektif Ranz Haikal. Kening terjungkit kearah rakannya itu.

Apa lagi yang ini.

"Apa?"

Maiq dengan Kai juga sudah menumpuhkan perhatian kearah detektif Ranz Haikal.

"Bini Kai dengan bini Maiq kawankan? Sama kerja pula tu. Kai dengan Maiq pun sama. Kawan kerja pun sama. Weh Zeus. Aku rasakan jodoh kita kawan bini Kai dengan Maiq juga ni."

"Kan ada lagi dua."

PAK!

"Eh bodoh!" Bahu tegap detektif Ranz Haikal Inspektor Zeus pukul sebelum tangannya naik menekup mulutnya.

Janganlah.

Malulah ish.

Maiq sudah menjulingkan matanya keatas manakala Kai kosong terus tatapan terhadap kedua rakannya itu.

Mula dah beruk ni.

Apa benda ni setan?

Detektif Ranz Haikal sudah tersenyum malu-malu. Tangan turut naik menutup mulutnya.

[C]✓Mrs. Maiq HakimiWhere stories live. Discover now