Enam bulan berlalu tiada apa yang berubah. Cuma sekarang hotel Royale Scarlett semakin dikenali publik dengan kemewahannya. Black Hand organization pula sudah jarang terlibat dalam misi negara disebabkan pemiliknya menghilangkan diri. Dan hari ini semua ahli Black Hand organization dikejutkan dengan perjumpaan mendadak oleh Tengku Han.
"Welcome back Signore Han!" Seseorang itu hanya mengangguk tanpa ada niat mahu membalas sapaan pekerja pekerjanya.
lelaki yang masuk 30 tahun itu berjalan dengan penuh tegas menuju kearah kerusinya. Sempat sosok sahabatnya, Aariaz yang juga duduk disamping kerusinya itu dipandang. Badan anak lelakinya, Tengku Razaleigh yang tertidur didalam gendongannya diusap lembut. Anaknya ini degil nak ikut dengan dia! Taknak ikut mommy dan adiknya ke salon katanya.
Semua ahli Black Hand organization menundukkan kepala mereka. Anak Signore Han sempat dipandang. Bukan hal luar biasa lagi jika melihat bos mereka membawa anak-anaknya sekiranya ada meeting mendadak begini. Walaupun kumpulan Black Hand telah dipimpin oleh Tuan Aariaz Aaron tetap pemilik kumpulan itu Tengku Aarhan.
BLACK HAND, kumpulan yang didirikan oleh Tengku Aarhan yang hampir 17 tahun beroperasi. Kumpulan yang sering bekerjasama dengan pihak polis dan pihak ketenteraan Malaysia dalam beberapa kes kes yang berat. Kumpulan itu juga berada dibawah naungan empayar RAIN'D.
"sit down!" arahnya pelan setelah dia mendudukkan diri bersama Razaleigh yang sudah bersandar nyaman didadanya.
"Are you okay baby?" dahi anak yang sudah berkerut diusap perlahan. hampir setengah jam meeting berlalu, anak nya itu hanya tertidur diatas ribanya.
"Ba-bah!" tangannya diangkat keatas meminta Aariaz yang duduk disamping daddy nya itu untuk mengendongnya.
"nak babah ke?" soal Aariaz lembut sambil badan kecil Tengku Razaleigh diangkat dari riba sahabatnya itu.
Tengku Aarhan hanya membiarkan saja anaknya bersama Aariaz. Tengku Razaleigh rapat dengan semua sahabat-sahabatnya terutamanya Aariaz.
"continue!" Arahnya selepas melihat dokumen yang diserahkan oleh Jason.
"beberapa bulan ini, kumpulan Draken senyap, tiada pergerakan atau perniagaan haram yang dilakukan" terangkat alis keningnya mendengar penjelasan gadis Turki yang sedikit muda itu. Michelle Ariella iaitu Agent yang dihantar oleh pihak kerajaan Turki untuk selesaikan misi dalam menangkap ketua Draken itu. Code name, Delph.
"bulan lepas, berlaku kes pembunuhan di penjara Malaysia, suspek tak dapat ditemukan dan kes terpaksa ditutup, pihak polis Malaysia arahkan aku untuk siasat tentang pembunuhan tersebut dengan bekerjasama dengan pihak Tengku" sampuk salah seorang daripada anggota polis Malaysia. Inspektor Sakhi Luthfian yang baru berumur 28 itu.
Hampir dua jam meeting itu berjalan. Kes kumpulan Draken yang menjadi topik utama mereka. Draken sudah lama menjadi musuh negara. Kumpulan tersebut mengimport dan mengeksport dadah dan manusia keseluruh negara.
Kriet. Pintu ditolak sedikit.
"Han, Shah dah keluar penjara sebulan lepas" ujar Aariaz.
Baju Tengku Razaleigh yang sudah berganti dipandang sekilas. Keningnya dijungkitkan kearah Aariaz apabila baju anaknya itu sudah berubah. Merengus kecil Aariaz, bapak possessive betul lah sahabatnya itu.
"ada minah gila entah tak nampak jalan. terlanggar Raz masa anak kau cuba berjalan kearah aku dekat restoran tadi" jelas Aariaz panjang.
Tengku Razaleigh diberikan semula pada sahabatnya itu. Tersenyum suka si kecil memandang wajah Daddy nya.
"Dadah!" tersembur air liurnya semasa mencium pipi daddy nya. Tengku Aarhan hanya berdehem.
"get out!" Arah Aariaz apabila melihat semua team nya itu seperti penat.
YOU ARE READING
The Beautiful Waiting[C]
RomanceTak pandai buat sinopsis. 🚨 Trigger warning/ Read at your own risk 🔞 Aksi & Mature (M) ⚠️ Typo bersepah ‼️ Light conflict Start: 24 Mac 2024 End: 18 April 2024