"mika!" panggilan sahabat ketuanya itu rasanya nak dibiarkan saja. Dia mengeluh sedikit sebelum memandang Tengku Idris Daniel yang duduk dihadapannya itu."iya, Tengku?"
"aku nak tanya, ada berapa banyak negara dalam dunia ni?" Serius Daniel menyoal Mika.
"Hergh, tuan?" mika menggaru kepalanya.
"195 buah negara di dalam dunia ni Mika!, ada 1 9 5 Mika!" Ujar Daniel dengan menekankan setiap perkataannya.
Aariaz hanya memandang kosong Daniel yang duduk di kerusinya itu. Bala.
"Tapi yang Aku pelik kan. Si bodoh Aariaz ni, boleh pula nakkan balik perempuan yang dah tinggalkan dia." Tersengih terus Daniel apabila Aariaz memandang tajam wajahnya.
Mika tersenyum kaku membalas pandangan tajam Aariaz. Tuan Idriss yang sudah melarikan diri dipandang dengan perasaan kecewa. Rasanya Mika nak resign je dari terus menjadi pembantu kumpulan Black Hand. Selepas ketua mereka iaitu Tengku Aarhan menghilangkan diri dan menyerahkan kumpulan tersebut kepada Aariaz, dia rasa seperti berkerja didalam kem tentera saja. Sedikit saja melakukan kesalahan habis dijerkah dan dihukum oleh Aariaz.
"Tuan, saya janji selepas seminggu saya akan pastikan semua maklumat yang tuan nak ada diatas meja Tuan." Hampir tak keluar suara Mika.
"tiga hari" ujar Aaron sebelum keluar dari ruangan tersebut.
Nik yang baru masuk hanya tersenyum melihat sahabatnya itu. Nasib kaulah Mika kerja bawa Tuan Aariaz Aaron.
"Aku tak pahamlah Nik."Dahi Mika berkerut tidak paham. Apa yang tiga hari?
"Tuan nak Semua maklumat perempuan tu dalam masa tiga hari lah tu." bahu Mika ditepuk perlahan. Kesian.
Bilalah Tengku Han nak kembali. Bukan mereka tidak tahu tuan mereka tu sengaja serahkan kumpulan Black Hand kepada Aariaz sebab nak meluangkan masa bersama Puan dan anak anaknya.
"huh, penat siot kerja dengan Tuan Aariaz tu" Nik tergelak mendengar keluhan Mika.
"sabar jelah"
"kau tahu Mika, kau ni kira beruntunglah sebab kau start je kerja Signore dah takde dalam kumpulan ni" terjungkit alis kening mika mendengar cerita sahabatnya itu.
"maksud kau?" Terangkat hujung bibir Nik mendengar soalan Mika.
"Kalau Tuan Aariaz dah kejam Signore lebih kejam sepuluh kali ganda lagi!" ujar Nik selamba.
Mika dengan kasar meneguk air liurnya. Mak Mika nak resign.
Tak lama kemudian,Dua buah kereta Nissan GTR R35 masuk ke dalam parking kereta penthouse Ines. Mia menunggu Ivella dan Imani untuk keluar dari kereta masing-masing dan masuk bersama kedalam penthouse mereka.
"Arghh" terkejut mereka bertiga melihat halaman depan penthouse Ines yang bersepah dengan bangkai kepala ular. Terus mereka berlari masuk dan mengunci pintu penthouse mereka.
Ting!
Bunyi mesej dari telefon bimbit Mia mengejutkan mereka .berkerut dahi Mia, Ivella dan Imani melihat siapa yang menghantar pesanan itu.
"Ines?" Kata mereka serentak.
"Kalau ada ketuk pintu jangan buka!" Tersentak mereka apabila pintu penthouse diketuk dengan kuat selepas mereka membaca isi pesanan singkat Ines.
"Hello!, Ines" Laju mereka mendail nombor Ines apabila melihat tiada tanda-tanda ketukan di pintu berhenti.
"Assalamualaikum?"
YOU ARE READING
The Beautiful Waiting[C]
RomantizmTak pandai buat sinopsis. 🚨 Trigger warning/ Read at your own risk 🔞 Aksi & Mature (M) ⚠️ Typo bersepah ‼️ Light conflict Start: 24 Mac 2024 End: 18 April 2024