"That i would talk, i would talk, but even if the star and moon collide, i never want you back into my life, you can take your words and all your lies, oh.oh.oh. i really don't care!" Terletus gelakan dari bibir Aariaz mendengar isterinya menyanyi lagu milik Demi Lovato.
Mia menatap datar suaminya yang duduk disalah sebuah sofa dalam ruangan bawah tanah BHO. Kini mereka berdua berada di Base BHO. Selepas pulang dari Mall mereka berniat untuk menggilakan Red. Dan sekarang entah cerita bodoh apa Red tabur kepada mereka membuatkan Mia menyanyikan sepenggal lirik lagu demi Lovato itu.
"Kau ni kak tak serik lagi ke nak membodohkan aku?" Rambut merah Red ditarik sehingga beberapa helai mula rontok.
"Kau tak mandi ke kak. Bau siak rambut kau!" Tangan dilepaskan semula dari rambut sang kakak. Geli.
Mata Mia menatap Red seolah gadis itu kuman yang patut dijauhi. Huft. Sepatutnya dari dulu lagi dia jauhkan diri dari perempuan pembunuh dihadapannya ini.
Red menjeling tajam wajah sang adik sekilas. Lelaki yang dicintainya dipandang penuh damba. Aariaz yang mendapat pandangan penuh cinta Red terkekeh sinis.
"Yang, come sit on my lap!" Tangan isterinya dituntun untuk melabuhkan punggung diatas pehanya.
Mia menggeleng "taknak kau dengan perempuan ni pun sama jer. Penipu!"
Meringis Aariaz mendengar teriakan isterinya.
Kriet.
"Wah umi doll arah lah!" Teralih perhatian Mia, Aariaz dan Red ke arah satu buntalan yang membuka pintu tadi.
Tengku Reazallen yang berdiri disamping pintu tersengih sengih "arah agi babah kematian umi doll"
Bergetar tubuh Aariaz, menahan ketawa dari mentertawakan pandangan meluat si kecil Tengku Rea.
"Umi doll endong!" Kedua tangan Tengku Reazallen terangkat kearah Mia. minta digendong.
Mia mengangkat tubuh mungil anak Tengku Aarhan kedalam gendongannya. Kaki melangkah mendekati suaminya yang duduk disofa.
"You datang sini Daddy you tahu tak bat?" Terjegil mata bulat Tengku Rea mendengar panggilan Aariaz.
"Thial you babah kematian. You bat kan i. Anak akap ngan you lagi!" Wajahnya dia tekup kedada Mia. Teresak esak dia dalam pelukan Mia.
Aariaz sudah bantai gelak. Tangisan Tengku Rea membuatkan Aariaz ingin mengusik lagi budak buntal itu.
"Stop it Aariaz!" Tegur Mia apabila tiada tanda-tanda Tengku Rea berhenti menangis.
"Sayang ni makin garang lah" usik Aariaz pada Isterinya pulak.
Terjegil mata Mia membalas tenungan mata mengejek si suami "you tidur luar malam ni!"
Kaki Mia melangkah keluar bersama Tengku Reazallen dalam gendongannya. Budak bat itu terlena setelah beberapa minit menangis.
Mata Aariaz tersenyum nipis melihat kepergian sang isteri sebelum senyuman dibibirnya hilang diganti dengan wajah dingin. Sosok tubuh lemah Red didekati. Dapat dia lihat darah pekat yang mengalir dari tangan dan kaki Red yang diikat dengan rantai besi.
"Hey, miss me Red?" Terpatri senyuman senget dibibirnya.
Red mengangguk angguk sembari tersenyum malu melihat renungan Aariaz untuknya. Aku dah cakap Mia, Aariaz hanya cintakan aku sorang. Batinnya menjerit mengejek Mia yang dianggapnya gadis malang.
Arghhhh, terdongak wajah Red apabila rambutnya ditarik kebelakang "lepas, kepala aku sakit death's!"
Aariaz hanya buat-buat pekak saja mendengar rayuan salah satu manusia yang andil dalam mengucar-kacirkan kehidupannya.
"Red. Aku pernah bagi kau harapan ke?" Red terdiam mendengar soalan Aariaz.
Menunduk kepala Red, malu "tak kau tak pernah bagi harapan, tapi aku cintakan kau az. Aku yang selalu ada dengan kau az. Lima tahun aku dalam BHO hanya kau satu-satunya lelaki yang dapat buat jantung aku berdebar. Tapi kenapa kau tak nampak usaha aku selama ni death's. Setiap masa kau hanya mengumam nama Mia. Apa special nya perempuan jalang tu berbanding aku hah!"
Plak. Terteleng kepala Red setelah mendapat tamparan dari tangan Aariaz.
"Kau dah tahu aku tak pernah bagi harapan. Tapi kenapa kau ni lembap sangat aaa isyah. Punyalah si Shah tu berdendam dengan aku sebab dia cintakan kau. Tapi kau ni aishh. Apa handsome sangat kah aku sampai kau jadi obses pada aku!" Tergeleng-geleng kepala Aariaz apabila mendengar salah satu punca Shah berdendam dengan dirinya. Dia sempat menemui lelaki itu sekali lagi sebelum Shah digantung mati keesokkannya.
Rupa-rupanya, Shah sudah lama menyimpan perasaan pada Red. Tapi mungkin aura dia seksi sangat kot sampai minah senget dihadapannya itu tergila-gilakan dia berbanding Shah. Sempat lagi dia masuk bakul dan mengangkat bakul diri sendiri.
"Aku cintakan kau az tak boleh ke kalau kau lepaskan jer Mia dan kita kahwin. Aku tahu kau tak pernah cintakan Mia kan. Kau hanya cintakan aku sorang right death's?" Mia yang baru masuk semula dalam ruangan itu tersenyum sinis mendengar kata-kata kakaknya. Haish Red Red kau ni betul-betul dah gila lah kot.
"Kau nak tahu kenapa aku tak pilih kau. Sebab Mia bukan pilihan, dia satu-satunya perempuan yang aku cinta. Datanglah beribu perempuan yang jauh lebih cantik berbanding Mia pada aku. Aku akan tetap takkan biarkan Mia rasa menjadi pilihan. Aku rela nyawa aku jadi taruhan berbanding kebahagiaan bini aku hancur. She's my life, my world and my wife forever" Aariaz hanya menatap lurus wajah tertekan Red.
Tergeleng cepat kepala Red, cuba menidakkan kata-kata pengakuan cinta Aariaz untuk adiknya.
"Hampir satu tahun aku pertaruhkan nyawa aku, hanya untuk Mia rasa dia bukan pilihan tapi satu-satunya perempuan yang layak untuk aku. Kau ingat aku tak tahu kau, Shah, Jason dan Nik rancang macam-macam untuk kenakan isteri aku. Tapi kau silap, aku takkan biarkan isteri aku berada dalam keadaan gelisah. Aku tak peduli kalau dia bencikan aku. Aku lebih rela lihat pandangan benci untuk aku berbanding pandangan takut dan gelisah menyelimuti mata hitam pekat itu" tersenyum kelat Aariaz apabila mengingat semula beberapa rancangan empat bangsat itu hampir berjaya.
Dan salah satu keberhasilan rancangan mereka adalah Mia ketagihan pada pil Jason syorkan. Haishh, dia lupa lagi nak tanya ghost soal kesihatan isterinya.
"So Red, aku rasa semuanya dah jelas. Aku tak cintakan kau dan kau hanya obses pada aku. Sebab Konsep dari mencintai seseorang adalah dengan melepaskan orang kita cintai untuk melihat dia melukis bahagianya sendiri. Aku minta maaf sebab tak mampu balas perasaan kau. Tapi aku tetap akan bunuh kau sebab kau bunuh orang yang isteri aku sayang. So thank you!" Aariaz hanya menatap kosong sembari mengacuhkan pistolnya.
Bang. Satu peluru menembusi daging kulit dibahagian dada Red membuatkan gadis itu kehilangan nyawa setelah beberapa saat.
"Abang.." teralih perhatian Aariaz dari sekujur tubuh kaku Red.
"Eh sayang bila masuk?" Cepat-cepat Aariaz mendapatkan isterinya yang bersandar dipintu.
Mia tidak menjawab namun tangannya didepakkan "come hug me"
Tidak membantah, Aariaz masuk dalam pelukan isterinya. Dia tahu Mia sedih tapi dia tiada pilihan selain menghapuskan orang yang mahu menyakiti isterinya.
"Shushh, just crying Dora" diusap lembut tubuh bergetar sang isteri.
"Huah kenapa abang kill Red. Mia tak sempat lagi nak gilakan kak isyah. Sayang tahu tak!" Bahu Aariaz ditumbuk berkali-kali, geram.
Terkekeh Aariaz mendengar rajuk si isteri. Psycho betul bini aku ni. Aish sabar jer lah Az. Suaminya yang sabar dapat bini dua.
"Jom balik. Jam tujuh kita nak kena gerak ke villa King!" Mereka berjalan sembari lengannya diatas bahu sang isteri.
"Wah Villa. Mesti best!" Terkelip kelip mata Mia merenung wajah suaminya dari bawah. Dia tu kalau dengan suaminya ibarat botol Coco Cola dengan botol Pepsi. Suaminya tinggi macam gala.
"Abang. kalaulah abang dibagi pilihan antara nak bunuh ibu atau Mia. Abang akan pilih untuk bunuh siapa?" Mia hanya menurut masuk ke dalam kereta apabila pintu bahagian dibukakan oleh Aariaz.
Tup.
"My wife is not an option but my priorities!" Singkat saja balasan Aariaz namun mampu membuatkan perut Mia penuh dengan rama-rama.
YOU ARE READING
The Beautiful Waiting[C]
RomanceTak pandai buat sinopsis. 🚨 Trigger warning/ Read at your own risk 🔞 Aksi & Mature (M) ⚠️ Typo bersepah ‼️ Light conflict Start: 24 Mac 2024 End: 18 April 2024