Bab 22

209 3 0
                                    


"Abang nak tu!" belum sempat Aariaz bersuara, tangannya sudah ditarik kearah satu tender kedai yang berada ditepi jalan.

"Bonjour, vous souhaitez acheter une crêpes française?" soal lelaki yang menjaga kaunter. ( Hello, adakah anda ingin membeli French crepes )

Terkebil-kebil Mia mendengar bahasa yang digunakan oleh lelaki itu. Apa dia kata tu raju? Dahinya berkerut.

Aariaz diam melihat kelakuan isterinya yang sekejap pandang dia dengan wajah bersinar, sekejap pandang lelaki yang menjaga tender tu dengan bibir mencebik

"Abang!" Ternaik hujung bibir Aariaz melihat kelakuan isterinya yang sudah menarik narik hujung kemejanya.

"abang, nak tu satu!" tunjuk Mia kearah gambar French crêpes coklat. Dia nak order tapi dia tak tahu cakap Perancis.

"Sabar sayang!" Pipi isterinya dicium sekilas.

"Donnez-moi deux crêpes France, une fourrée au chocolat et une fourrée aux baies" ujar Aariaz sambil matanya turun memandang tangannya yang dimain oleh isterinya. (Beri dua French crepes, satu topping coklat dan satu lagi topping beri )

Mia ternganga mendengar suaminya bercakap dalam bahasa Perancis.

"Wah! abang boleh cakap bahasa france?" Bertambah teruja Mia bila suaminya menganggukkan kepalanya.

"hebatnya, suami isa ni!" teruja Mia, wajah suaminya ditarik sebelum dicium berkali-kali manakala Aariaz hanya pasrah saja.

"Abang!" Aariaz berdehem.

"lepas ni abang kena ajar isa cakap bahasa france!" kata Mia sambil lengan kanan Aariaz digigit gigit. Geram.

"Sir?" Tidak lama, makanan yang mereka order pun siap. "Dah jom!" tangan kanan isterinya dipimpin untuk melintas kearah kereta Mercedes-Benz hitamnya.

"abang lepas ni kita nak pergi mana?" Tanya Mia selepas suaminya selesai memasangkan seat-belt untuknya.

Aariaz menundukkan sedikit kepalanya seterusnya dahi isterinya dikucup.
"secret but... The hint is today you are mine and I'm yours My sexy Dora!" Sempat hidung mungil gadisnya dicium, sebelum satu tangannya dengan cekap memegang stereng dan satu lagi diletakkan diatas peha isterinya.

Buat pertama kali Mia rasa penat tapi berbaloi. Dari tengahari mereka keluar sampai pukul 8 malam dan hanya berehat pada waktu solat ataupun waktu makan lepastu sambung lagi berjalan-jalan dikota romantik itu. Selepas lunch dicafe favorite Aariaz, suaminya itu terus membawa dia melawat ke Lourve museum.

sebelum mereka pergi ke Notre-Dame de la Garde (Marseille). sempat lagi Mia menukar baju kemeja putih suaminya kepada dress baru yang dibeli oleh Aariaz didalam kereta, apa tidak bak kata suaminya itu muncung mulutnya sudah sepanjang sungai Nil.  Merajuk punya pasal.

"tak nak maafkan abang!" tersengih kecil Aariaz melihat kelakuan isterinya yang menyembunyikan kepalanya pada lehernya. "i'm sorry dear... Now, let's me see your beautiful smile?" Aariaz cuba memujuk isterinya yang merajuk kerna tadi mamanya, Puan Maria menelefonnya dan memberitahunya supaya datang awal dari tarikh majlis syarikat keluarganya bermula dan perempuannya itu merajuk sebab dia katakan yang dia akan datang tepat pada hari majlis tersebut dengan alasan yang dia ingin menghabiskan masa dua hari sebelum majlis untuk berbulan madu.

"taknak!" kepala dilentokkan didada suaminya sebelum telefon bimbit suaminya itu diambil untuk melihat gambar gambarnya yang ditangkap oleh Aariaz. beberapa minit kemudian kereta Mercedes-Benz hitam Aariaz berhenti tepat disebuah hotel mewah. Shangri-La Hotel!.

"dah jom naik bilik kita!" Mia diam saja apabila tangannya ditarik masuk kedalam lift hotel mewah itu.

Bau wangi Shang Ri la menusuk terus ke hidung selepas Aariaz membuka pintu bilik mereka.

The Beautiful Waiting[C]Where stories live. Discover now