"malam ni kau hantar semua dokumen tu ke e-mel aku, pastikan lengkap!" Nik Aryan memandang sekilas dua manusia yang baru saja masuk kedalam bilik kerja Aariaz."si capo" Aariaz mengangguk.
Bang!
dinding bilik kerjanya itu dipandang sekilas sebelum wajah Daniel dan elvish yang sudah mengeras dipandang tajam.
"bilis yang buat" Glock terus diserahkan laju kepada elvish.
"bukan aku az, iblis yang tembak" selepas itu kakinya ditendang kuat oleh Daniel.
"apa hal pulak kau nak salahkan aku"
"apa! apa! kau yang ajak aku dulu untuk try senjata buruk kau tu" merah wajah Elvish, bila masa pulak dia ajak iblis ni.
"Kau.."
"Apa?" Lidahnya dijelirkan kepada elvish.
Tak!
sebuah pisau kecil betul betul lalu ditepi leher mereka.
"Az" Kata mereka serentak.
Tekak mereka rasanya seperti berpasir apabila melihat langkah Aariaz yang menuju kearah mereka berdua. Kelam-kabut elvish dan Daniel bersembunyi dibawah meja kerja Aariaz.
"stupido!" Glock ditangan Elvish diambil sebelum diketuk kuat dahi mereka berdua.
"auch cakit banget baby bilis" adu Daniel manja pada elvish.
Tuk. Dengan penuh meluat elvish mendorong kepala Daniel yang menyandar dibahunya.
"Az..." panggil Daniel dengan mata berair. Huft.
"kau orang berdua datang rumah aku ni apahal?" Dahi kedua sahabatnya itu diusap lembut.
"takde apa saja nak lawat kau, mana tahu kau ada bawakan oleh oleh dari Itali ke?" sengih Daniel.
Merengus kasar Aariaz mendengar jawaban sahabatnya itu. Mata dikalihkan kearah elvish yang sibuk menguis-nguis meja kerjanya. Huft.
"Aku?" Kata elvish apabila Aariaz melihatnya.
Meluat Daniel mendengar nada lembut sahabatnya itu. Dasar elvish kembar ikan bilis.
"aku datang nak tahu kot-kot kau nak masuk hotel esok?" Soalan ambigu elvish menyebabkan Aariaz terdiam seketika sebelum senyuman sinis terukir di bibirnya.
"not bad" gumamnya.
Wajah Elvish dan Daniel dipandang lama sampai berpeluh-peluh dibuatnya dua jejaka itu.
"Az bila kau nak berhenti tatap mata aku!" Tanya Daniel dan elvish serentak dengan mata mereka membalas pandangan mata Aariaz dengan turut melotot.
Aariaz menolak isi pipinya. Dia ingatkan dua lelaki itu sudah matang rupanya masih sama tak pernah nak serius. Mengeleng kecil dia sebelum dia membuang pandangan dari dua bala tu.
"aku akan masuk esok dan Nik beritahu Mika esok aku nak setiap ketua management beri laporan mereka dalam meeting esok!" Nik yang duduk sejak tadi disofa bilik kerjanya itu mengangguk sebelum berdiri untuk keluar dari bilik tersebut.
"Si capo" balas Mika. Sempat matanya beradu pandang dengan kedua sahabat bosnya itu.
Menggeleng kecil dia bila kedua jejaka itu serentak melotot kearahnya.
"Mika ada hantar beberapa resume orang kat aku!" Ucapan Elvish menimbulkan kerutan di dahi Aariaz.
Aariaz hanya mengangguk "so?"
"hari kau sampai Malaysia dua hari lalu, Mia dan ivella ada datang interview dalam bahagian development management" tegak terus badan Aariaz yang baru saja duduk di kerusinya itu. Fail yang diserahkan oleh Mika padahnya dipandang dengan pelbagai emosi. Senang, Marah dan benci semua menjadi satu.
kriet
Suara Ines yang membaca Al-Quran terdengar apabila dia membuka pintu bilik sahabatnya itu.
"Ines jom makan" ajak nya selepas Ines menutup Al-Quran tersebut. Ines mengangguk mengiyakan ajakan Mia.
"Mia dah solat?" soalnya. Tangan Mia disalam.
"Tak boleh" Ines memandang kosong wajah Mia yang tersengih itu.
"Mia selalu dengar Ines baca surah tu selepas solat isyak, kenapa?" dia mendudukkan dirinya disamping sejadah Ines.
Ines tersenyum nipis mendengar soalan Mia " Mia tahu apa maksud dan nama surah yang Ines baca ni?"
Mia menggelengkan kepalanya. Dia pandai mengaji tapi kadang kadang dia tak faham apa maksud ayat atau surah yang dibaca.
"surah yang mia dengar tadi tu surah As Saffat dari ayat ke 91-93" membulat mulut Mia.
" Ayat yang Mia dengar tadi tu mengisahkan seorang pemuda yang pergi ke berhala dan memukul berhala-berhala itu kerana berhala tersebut tidak bersuara dan bertanya kenapa berhala tersebut tidak makan" Mia tergelak apabila memahami makna surah tersebut.
"Jadi sebab tu ke Ines suka baca?" Mia memandang wajah kosong Ines yang hanya diam. Cantik dan tenang saja melihat wajah sahabatnya itu. Untung lah siapa yang dapat Ines nanti!
"Apa khabar anak anak mummy"
"Ines enam hari lagi birthday kau?" Ucap Mia teruja. Kepalanya Mia baringkan atas riba gadis mata kelabu tu.
"Bulan ni boleh kau stay kat Malaysia?" Tanya Mia penuh harap. Ines diam mendengar, kepala Mia diusap penuh kelembutan.
"sorry!" luntur senyuman dibibir Mia mendengar permintaan maaf ines. Dia tahulah sahabatnya itu tak boleh.
"kitaorang baru plan nak sambut hari jadi kau tahun ni sama-sama!" Lirih Mia.
Ines terdiam kaku "sorry again.."
Melengkung bibir Mia "alah, please lah Ines tahun ni jer?"
Berkelip-kelip matanya memandang wajah kosong Ines dari bawah.
"ha'ah, kita orang tak pernah sambut birthday kau sama sama" tambah Ivella yang baru masuk ke biliknya bersama imani.
"Please tahun ni jer!" Pujuk mereka bertiga. Kelima jari mereka diangkat seperti mengangkat sumpah.
"Sorry aku tak dapat penuhi permintaan korang kali ni, aku kena pergi Dubai bulan ni sampailah enam bulan kedepan" meringis kecil Ines memujuk ketiga sahabatnya itu.
"ha sudah!" Tersenyum nipis Ines mendengar keluhan serentak sahabatnya itu.
"Bila kau nak pergi?" Soal Imani.
"Dua hari lagi? " ternganga mereka bertiga mendengar jawapan selamba Ines.
"Kau baru sampai kot hari ni!" tersengih lucu ines melihat mata bulat sahabatnya.
"Sorry sebagai permintaan maaf aku nanti aku bagi hadiah!" menekuk wajah Mia, ivella dan imani serentak.
Ines menggaru hidungnya. Dah jadi satu hal pula memujuk sahabat sahabatnya itu.
"Dah jom makan!" Tersentak mereka apabila Ines sudah keluar menuju ke dapur.
"Ines!!!" panggil mereka serentak.
Kaki dihentakkan sambil mengikuti langkah kaki ines ke dapur. Nak tunjuk perasaan lah katakan. Namun sayangnya ines langsung tak pujuk malahan gadis itu hanya memandang kearah mereka bertiga dengan pipi mengembung oleh makanan.
"Huft. Apa nak harap dari gadis beku ni!" Gumam mereka bertiga serentak sebelum tergelak bersama.
YOU ARE READING
The Beautiful Waiting[C]
RomanceTak pandai buat sinopsis. 🚨 Trigger warning/ Read at your own risk 🔞 Aksi & Mature (M) ⚠️ Typo bersepah ‼️ Light conflict Start: 24 Mac 2024 End: 18 April 2024