Bab 44

111 6 0
                                    

Dalam satu ruangan mewah. Lima manusia serakah duduk berbincang menyusun muslihat dan mengatur strategi untuk menjatuhkan musuh. Dan tanpa mereka ketahui musuh yang dimusuhi dapat menghancurkan mereka sehingga menjadi debu.

"Pembelian saham?" Salah sorang lelaki tua bersuara.

Tiga perempuan dan satu lagi lelaki tua merenung penuh minat lelaki tua tadi.

"Done, hampir 14 peratus saham dari  empat per tujuh orang pengarah Royale Scarlett sudah berada dalam tangan kita"  jawab seorang perempuan yang satu-satunya orang muda disitu.

Terangguk-angguk keempat orang tua itu. Tak padan nak mampus ada hati nak jadi kaya lagi. Kau tunggu lepas saham semua jatuh pada tangan korang. I will kill you bitch! Batin gadis muda tadi.

"How investor Emelda?" Perempuan tua disebelah lelaki tua tadi bersuara.

Emerald tersenyum sinis. Wine merah ditangannya dimain-mainkan "don't worry Puan Kelly. Aariaz tak masuk beberapa bulan ini. Jadi para investors Royale Scarlett mula mengkhianat!"

Ckk. Terletus decakan sinis dari setiap bibir orang tua tersebut. Puan Kelly dan seorang

"Next RAIN'D Empayar? Investors utama Royale Scarlett" perempuan tua yang duduk disampingnya bersuara.

"Entah Puan Maria tapi rasanya mereka bukan ancaman. Sukar mel nak dapatkan maklumat tentang syarikat gergasi tu. So pilihan kita ada cuba elakkan bertembung dengan mana-mana orang RAIN'D Empayar" jelas Emelda.

Puan Maria, Kelly dan dua lelaki tua tadi bekerut tak suka. Sudah lama mereka ingin mengambil alih RAIN'D Empayar namun syarikat gergasi itu seperti sukar untuk mereka sentuh. Keselamatannya berteknologi tinggi, syarikat itu juga tidak bekerjasama dengan syarikat lain. Dan lagi menyulitkan apabila pemilik syarikat gergasi itu tidak diketahui publik. Sudahlah kalau tak dapat syarikat gergasi itu sekurang-kurangnya mereka akan dapat Royale Scarlett Hotel tidak lama lagi.

Seorang lelaki tua yang sudah berumur lima puluh tahun itu, perlahan bangkit berdiri menghadap dinding kaca yang memperlihatkan sebuah bangunan mewah dan gah dari tingkat tiga puluh.

"You guys can see Royale Scarlett Hotel from this!" Air haram ditangannya diteguk perlahan.

Aliran air yang mengalir ditengkoraknya menambah rasa dihatinya.

Bibir dijilat perlahan "i like it and I want that!"

"How appetizing that luxurious building is" tersungging senyuman sinis dibibir tua itu.

Sekali lagi air haram itu diteguk. Mata menatap lapar hotel mewah tersebut. Tulisan 'Royale Scarlett' tertulis megah di bangunan dihadapannya.

"Tsk. Tak guna!" Ghost dan Tengku Aarhan hanya menatap tenang kearah Aariaz yang menyepak barangan dalam bilik tersebut.

Earpice ditelinga perlahan ditanggalkan. Mereka bertiga tadi mendengar semua perbincangan keluarga Aariaz. Dari ayah, ibu dan keluarga mertuanya bergabung untuk menjatuhkan Aariaz.

Poor man. Batin ghost.

"So kau nak buat apa sekarang?" Jam dipergelangan tangannya dilihat. Mahu masuk pukul tujuh setengah pagi.

"Entahlah pening Kepala aku!" Balas Aariaz dengan wajah serabut.

Mana tak serabut keluarga sendiri nak jatuhkan lelaki itu. Haish. Kesian sungguh takdir Aariaz. Belum sempat menghadam satu masalah, masalah lain pulak menghampiri.

"Nanti lah kita bincang. Aku dan Han nak kena masuk meeting hotel aku sekarang!" Selepas melihat anggukan ghost. Kedua lelaki tampan itu melangkah pergi meninggalkan ruangan ghost.

The Beautiful Waiting[C]Where stories live. Discover now