Bab 31

153 7 0
                                    

"Kau nak peluk aku berapa lama lagi ni?" Soalan sinis Aariaz menyentakan lamunannya.

Tsk. Merah padam muka Aariaz apabila pelukan dipinggang nya semakin ketat.

"Stay!" Bisik Mia lembut.

Mendengus kasar Aariaz. Tangan mungil Mia yang membelit pinggangnya cuba dilepaskan. Terketap rahang Aariaz.

"Stay abang!" Lembut saja Mia bersuara.

"Ckk lepas!" Rengus Aariaz dingin. Pelukan isterinya sekali lagi cuba dilepaskan.

"Sepuluh minit jer abang Mia minta untuk peluk! Mia rindukan abang.." pelukan antara mereka dikemaskan walaupun Aariaz menolak nolak bahunya.

Hembusan nafas dilepaskan. Perhatiannya teralih pada tatapan sinis ketiga pramugari yang sejak tadi memandang kearah mereka.

"Kau pahal!" Tatapan ketiga pramugari itu dibalas tajam.

Terkulat-kulat ketiga pramugari itu pergi kebelakang setelah disergah Aariaz. Apalagi pandangan tajam dari Jason dan King. Daniel dan Nik yang duduk disamping Jason turut berbalas pandangan. Otak mereka bergeliga memikirkan idea untuk mengenakan ketiga pramugari tadi.

"Tidur abang, lama lagi ni.." bisikan Mia di dadanya hampir tidak kedengaran.

Aariaz pula mengurut keningnya. Dia rimas dipeluk oleh Mia. Pelukan erat isterinya sekali lagi cuba dilepaskan namun bukannya terlepas, Mia malah menjatuhkan kepalanya di dadanya. Jantungnya berdegup kencang sampai rasanya dia boleh dengar detakan jantungnya sendiri. Beberapa minit kemudian, matanya yang merenung tajam sosok isterinya mula memberat. Perlahan mata kekuningannya hilang diselimuti ngantuk.

King dan kedua anak buahnya yang sejak tadi memerhatikan pasangan itu saling berpandangan. Masing-masing terpaku melihat kelakuan death's. Asal dorang nampak death's kelihatan lemah bila dihadapan gadis berambut coklat tu. Jason yang melihat raut tidak percaya ketiga lelaki itu hanya buat acuh. Mereka berlapan naik flight yang sama iaitu kapal persendirian milik King.

"Death's nampak care gila dekat perempuan tu!" Ujar Harris perlahan. Matanya yang menatap lekat kedua pasangan tersebut beralih kepada sosok bosnya.

"Yes, orang buta jer akan percaya yang death's tak cintakan perempuan tu!" Tambah Faris. wajah lena isteri rakan kerjasamanya itu ditatap.

"Kalau tengok dari perlakuan death's maybe orang akan percaya lelaki bangsat tu memang tak cintakan perempuan tu tapi look at the eyes... Fully of love and yes the eyes only looking this girl!" Sinis Jason yang turut duduk bersama ketiga lelaki kacukan itu.

Sempat lagi dia mengutuk bosnya. Biarlah bukannya Aariaz dengar pun. Kalau dengar lagi bagus. Dia akan buat Aariaz dan perempuan pujaannya berpisah. Dan Mia akan menjadi miliknya. Cukuplah dulu dia berkorban untuk Aariaz dengan melepaskan Mia pada ketuanya itu.

Senyuman senget terukir indah dibibir King selepas mendengar perbualan Jason dan kedua anak buahnya. Jason, lelaki yang minat isteri ketuanya sendiri. Interesting!

"Meuse? Orang kanan death's?" Jason hanya membalas dengan anggukan akan pertanyaan Faris.

"Aku Faris, yang sebelah ni pula Harris dan depan kita ni king!" Ramah saja Faris berkenalan dengan orang kanan death's.

Jason mengangguk lagi. Faris dan Harris mengaru kepala mereka serentak. Bekunya lah mamat ni! Batin mereka.

"Kembar?" Jason bertanya setelah lama menyepi.

"Hah?" Terperangah mereka berdua. Apa mamat ni nak cakap? Berkerut dahi mereka berdua menatap Jason.

"Mamat ni tanya korang dua ni macam upin dan ipin ke?" Mereka berempat menatap kearah suara yang menyampuk itu.

The Beautiful Waiting[C]Where stories live. Discover now